ARKIB : 25/04/2012
Empat syarikat bina Hotel Legoland Nusajaya
JOHOR BAHRU 24 April - Merlin Entertainments Groups (Merlin), LL Themed Hotel Sdn. Bhd., (LL Themed), Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. (DRH) dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd. memeterai perjanjian pengurusan untuk membangun dan membina Hotel Legoland di Nusajaya, Johor, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan sejak bulan lalu dan hotel itu dijangka dapat dibuka pada separuh pertama 2014.
Hotel bertema seluas 2.4 ekar (0.971 hektar) itu terletak secara strategik bersebelahan dengan Taman Tema Legoland Malaysia, milik Merlin.
Ia merupakan Hotel Legoland yang keempat di dunia selepas Billund, Denmark, Windsor, United Kingdom dan yang ketiga akan dibuka di California, Amerika Syarikat pada tahun 2013.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, hotel tersebut bukan sahaja akan menawarkan kemudahan penginapan moden dengan kualiti yang terbaik, ia juga direka bentuk dari pandangan mata kanak-kanak.
Tambahnya, dengan tumpuan kepada keseronokan interaktif bersama keluarga, hotel yang unik ini akan direka untuk menggalakkan para pengunjung, terutamanya keluarga dengan anak-anak untuk menghabiskan dua atau tiga hari bagi membolehkan mereka benar-benar menikmati lebih 40 daya tarikan di taman tema itu.
Hotel itu akan menghidupkan fantasi dunia Lego dengan tema-tema imaginatif dan juga beberapa ciri yang sesuai untuk kanak-kanak, dengan kaunter rendah di dalam restoran dan peti harta karun yang dipenuhi Lego di dalam bilik-bilik tidur.
Terdapat tiga jenis bilik tidur bertema iaitu Lanun, Putera dan Puteri Raja atau Pengembaraan dan setiap satunya mempunyai cabaran interaktif yang akan menghiburkan kanak-kanak sehingga berjam-jam.
Di luar bilik tidur pula, warna-warna, keseronokan dan interaktiviti Lego memenuhi setiap permukaan hotel dan restoran.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









