VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 24/04/2012

Mengenali Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

BUKU bergambar ini diterbitkan sempena pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April lalu. Ia sebagai tanda penghargaan kepada baginda kerana telah ditabalkan jawatan itu buat kali kedua.

Pelbagai maklumat terdapat dalam buku yang mempunyai 12 tajuk termasuk tugas dan peranan Seri Paduka sebagai ketua negara, alat-alat kebesaran diraja dan adat istiadat yang diamalkan semasa majlis pertabalan.

Pengetahuan ini seharusnya diketahui semua rakyat selaras dengan keunikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Tajuk pertama dalam buku berwarna kuning itu adalah 'Asal-Usul Kesultanan Melayu'. Ia menjelaskan sejarah kerajaan kesultanan Melayu di Malaysia yang telah bermula daripada kerajaan Langkasuka purba dan kerajaan Melayu Melaka.

Turut dimuatkan adalah gambar hitam putih yang dirakam pada 1970 yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah bersama- sama Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Tajuk 'Raja Berperlembagaan' pula menjelaskan institusi itu adalah yang tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai kepala utama negara, baginda menjadi lambang kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara.

Baginda dipilih melalui undian sulit daripada sembilan sultan yang memerintah di sembilan negeri. Baginda ialah orang yang terutama sekali di Malaysia manakala Raja Permaisuri Agong orang kedua tertinggi kedudukan selepas Seri Paduka.

Turut dijelaskan terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan seseorang raja tidak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu belum dewasa, tidak berhasrat untuk dipilih menjawat jawatan itu dan lain-lain sebab berkaitan.

Tajuk 'Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong' menjelaskan secara ringkas istiadat itu termasuk ia akan dimulakan pada sebelah pagi di Balairong Seri Istana Negara.

Istiadat dimulakan dengan Datuk Paduka Maharaja Lela bersama Datuk Penghulu Istiadat, Pegawai Agama Istana dan panglima-panglima menghadap membawa al-Quran, keris kerajaan, surat pengisytiharan dan warkah ikrar.

Tajuk 'Pakaian Istiadat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong' memaparkan satu persatu gambar dan penerangan lengkap pakaian istiadat berkenaan iaitu muskat yang dipakai ketika pertabalan dan perasmian sesi penggal persidangan Parlimen.

Turut dipaparkan adalah mess kit iaitu pakai rasmi ketika majlis santapan malam beristiadat, tengkolok diraja, pending diraja dan keris pendek diraja.

Antara pakaian istiadat Raja Permaisuri Agong pula adalah gandik diraja dan kalung diraja yang diperbuat daripada emas putih bertatah berlian.

Dalam pada itu, tajuk 'Alat-Alat Kebesaran Diraja' menyenaraikan gambar dan penerangan ringkas peralatan rasmi seperti keris panjang diraja, cogan agama, cogan alam, cokmar, pedang, keris panjang, sundang diraja, payung ubur-ubur kuning dan tombak berambu.

Tajuk 'Nobat' menjelaskan kedudukan nobat sebagai orkestra diraja bagi majlis adat istiadat istana di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor.

Antara lagu-lagu nobat adalah Raja Berangkat, Menjunjung Duli, Raja Bertabal dan Puteri Mandi Mayang.

Tajuk 'Panji Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong' memaparkan gambar panji berwarna kuning dengan jata Malaysia di tengah-tengah yang di kelilingi oleh karangan padi berwarna keemasan melambangkan kemewahan dan kemakmuran.

Sementara itu, tajuk 'Istana Negara' memaparkan tempat bersemayam baru Seri Paduka di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Seni binanya mengambil kira aspek keselamatan selain ciri-ciri estetika yang menekankan unsur-unsur binaan Islam dan tradisional Melayu.

Ia juga memaparkan gambar dan kemudahan yang terdapat di istana tersebut iaitu singgahsana, singgahsana kecil, bilik mesyuarat raja-raja, bilik Seri Maharaja, bilik Seri Negara dan bilik Seri Mahkota.

Tajuk 'Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan' memaparkan segala anugerah yang boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk yang tertinggi Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) yang terhad kepada 30 orang sahaja.

Tajuk 'Riwayat Hidup Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV' memaparkan gambar dan kisah hidup Tuanku Abdul Halim sejak muda sehingga ditabalkan ke jawatan itu buat kali kedua.

Baginda yang diputerakan pada 1927 mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Seri Paduka kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej Wadham, Oxford, London dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Abdul Halim ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Kedah pada 1959.

Baginda amat mencintai alam semula jadi dan sentiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.

Tuanku Abdul Halim turut berminat memelihara haiwan seperti burung, kuda dan rusa di Istana Anak Bukit. Baginda juga mempunyai minat mendalam terhadap sukan golf, tenis dan biliard.

Tajuk 'Riwayat Hidup Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah' pula memaparkan latar belakang baginda yang telah diputerikan pada 1953 di Bagan Serai, Perak.

Baginda yang merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai.

Tuanku Haminah Hamidun berkahwin dengan Tuanku Abdul Halim pada 1975. Pada 2004, baginda dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah berikutan kemangkatan Tuanku Bahiyah yang juga puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Muhammad.

Dalam melayari rutin seharian di istana, baginda amat menitikberatkan ruang yang kemas dengan persekitaran teratur, sempurna dan bersih.

Minat dan kemahiran melakukan sendiri kerja-kerja hiasan dalaman di kediaman baginda telah dijadikan rutin harian bagi mengisi masa lapang sekiranya tidak terikat dengan aktiviti rasmi dan sosial.

Baginda turut menaruh minat mendalam terhadap sukan golf dan pernah dinobatkan johan Pertandingan Golf Piala Bapa Malaysia pada 1987.

Tajuk terakhir iaitu 'Senarai Agong' memaparkan gambar dan tarikh pemerintahan semua Yang di-Pertuan Agong bermula dengan Tuanku Abdul Rahman pada 1957 sehingga Tuanku Abdul Halim. Selamat membaca.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.