VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 23/04/2012

Hak rakyat buat pilihan

KUCHING 22 April - Penubuhan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baru-baru ini disifatkan sebagai sesuatu yang positif dalam konteks sebuah negara demokrasi.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, terpulang kepada rakyat untuk memilih mana-mana parti yang mereka suka pada pilihan raya di negara ini.

''Sebuah lagi parti baru, kenapa tidak? Ia terpulang kepada rakyat untuk memilih pada pilihan raya.

''Penubuhan parti tersebut merupakan sebahagian daripada senario politik di Sarawak dan kita di negeri ini telah mengamalkan demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 50 Multiple District 308 Lions Convention di sini semalam.

Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kelulusan pendaftaran SWP dan hasrat parti berkenaan untuk meletakkan calon di kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak.

Mengulas lanjut, Abdul Taib memberitahu, ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian sama ada mahu meletakkan calon pada pilihan raya di negara ini.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Presiden Penaja SWP, Dr. Ong Lark Sai menyatakan penubuhan parti tersebut bertujuan memenuhi kesejahteraan rakyat kelas pekerja.

Lark Sai yang sebelum ini dikatakan akan menyokong perjuangan BN bagaimanapun memberitahu, keputusan sama ada memihak parti pemerintah atau pembangkang belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan parti tersebut berminat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi pada pilihan raya umum nanti.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.