ARKIB : 20/04/2012
Warga India ke tali gantung edar 2.3kg ketamin di KLIA
SHAH ALAM 20 April - Seorang penjual ikan warganegara India dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Ketamin seberat 2,267 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Sadhik Amin Abdul Aleef, 39.
Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim Ahmadi berkata mahkamah juga berpuas hati bahawa Sadhik Amin mempunyai pengetahuan ke atas dadah berkenaan dan tindakannya membawa dadah itu dari India merupakan satu perbuatan mengedar.
"Justeru saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan tertuduh dijatuhkan dengan satu-satunya hukuman di bawah kesalahan ini iaitu gantung di leher sampai mati,” katanya.
Sadhik Amin didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, KLIA, kira-kira pukul 2.40 petang pada 17 Feb, 2010 mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Sarah Dina Baharudin sementara tertuduh diwakili peguam Sangeet Kaur Deo. - BERNAMA
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Dipenjara 12 bulan ugut bapa
2 beradik, rakan bebas tuduhan bunuh
Aset syarikat pelaburan emas, Genneva kekal beku
Ketua guru disiplin bebas tuduhan cabul 11 pelajar
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









