ARKIB : 20/04/2012
Peruntukan RM1j promosi Gloria Jean's Coffee
KUALA LUMPUR 19 April - Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) akan memperuntukkan dana setiap tahun bagi tujuan memperkukuh lagi kedudukan jenama Gloria Jean's Coffee di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata, tahun ini lebih daripada RM1 juta akan dibelanjakan bagi pengiklanan dan promosi.
Bercakap kepada pemberita pada pembukaan cawangan terbaru Gloria Jean's Coffee di Damansara Heights di sini hari ini, beliau berkata syarikat itu akan membuka tujuh lagi cawangan menjelang akhir tahun dengan pelaburan dianggarkan berjumlah RM400,000 bagi setiap cawangan.
Beberapa tempat di Lembah Klang telah dikenal pasti, iaitu Menara KWSP, South City Plaza, Menara Olympia dan Ara Damansara.
"Kami menyasarkan jualan berjumlah kira-kira RM10 juta bagi semua cawangan Gloria Jean's Coffee tahun ini, daripada RM8 juta yang dicapai tahun lepas," kata Ahmad Shalimin.
MyFranchise adalah cabang francais dan anak syarikat milik penuh Perbadanan Nasional Bhd.
Ia mempunyai 16 cawangan Gloria Jean's Coffee di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. - BERNAMA
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









