VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 20/04/2012

USIM, BiotechCorp lancar makmal analisis halal

KUALA LUMPUR 19 April - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) hari ini melancarkan makmal analisis halal melalui bioteknologi dalam usaha memperkasakan industri halal negara.

Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda (gambar) berkata, penubuhan makmal di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) itu dilakukan agar universiti sentiasa bergerak pantas selari dengan perkembangan industri tersebut yang kini memasuki fasa kedua dalam pembangunan dan penguatkuasaan.

"Makmal itu dikenali sebagai Unit Perkhidmatan dan Latihan Halal, menawarkan perkhidmatan analisis produk halal dan memberi kesedaran mengenai konsepnya melalui latihan serta praktikal terhadap produk makanan, kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai lagi yang merupakan produk gunaan muslim serta pihak industri.

"Diharapkan dengan kewujudan unit ini, ia akan meningkatkan nilai produk, inovasi, perkhidmatan dan mengembangkan pasaran produk-produk bioteknologi halal ke peringkat nasional dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal dan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Muhamad berkata, pihaknya memilih IHRAM sebagai lokasi makmal kerana ia merupakan pusat kecemerlangan universiti yang berperanan meningkatkan dan menjamin kualiti penjanaan ilmu dan perkhidmatan.

"Perancangan dan persediaan prasarana yang rapi serta lengkap sedang diatur agar universiti terus berjaya memainkan peranan sebagai salah sebuah institusi yang menyokong pembangunan industri halal negara.

"Secara tidak langsung ia mendorong IHRAM untuk bergerak sebagai sebuah pusat ilmu yang terpilih, sekali gus memudahkan akses industri seperti perkhidmatan, peralatan dan fasiliti," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd. Nazlee menambah, penubuhan makmal itu merupakan satu permulaan yang baik dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat halal serantau.

"Sebagai negara Islam, kita mempunyai semua elemen dan berpotensi untuk menjadi pusat promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal, produk bukan makanan serta beberapa perkhidmatan lain.

"Penubuhan itu juga akan mewujudkan nilai tambah kepada tiga sektor utama iaitu pertanian, perubatan dan perindustrian," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.