VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 19/04/2012

ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan

19/04/2012 5:11pm

KUALA LUMPUR 19 April - ASEAN perlu menerima hakikat bahawa keganasan bukannya satu ancaman yang hanya terbatas kepada negara tertentu atau sekumpulan negara.

Sebaliknya, skop rangkaian dan aktiviti keganasan adalah merentas sempadan dan impaknya, merentas rantau, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi langkah pencegahan efektif, beliau berkata, ASEAN perlu meningkatkan kerjasama untuk menghapuskan punca rangkaian keganasan.

Beliau berkata, perkumpulan serantau itu perlu meningkatkan kerjasama dalam proses undang-undang luar wilayah, berkongsi kepakaran teknikal dan maklumat, dan bertindak sebagai satu forum dengan meneruskan perbincangan mengenai cara-cara efektif untuk memerangi keganasan.

Muhyiddin berkata demikian semasa menutup Forum Putrajaya 2012 di sini hari ini. Forum tiga hari itu dianjurkan sempena pameran dan persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012.

Muhyiddin menegaskan selain memerangi keganasan, ASEAN juga terpaksa berdepan dengan pelbagai isu lain yang turut mengancam keselamatan serantau dan menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan sosial penduduk.

Timbalan Perdana Menteri berkata ancaman berkenaan termasuk penghijrahan pendatang tanpa izin, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, lanun dan jenayah alam sekitar merentas negara.

"Kemunculan ancaman-ancaman keselamatan bukan tradisional ini, jika tidak dibanteras, akan mengugat kestabilan rantau kita dan menghalang proses untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang makmur, harmoni dan aman, katanya. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.