ARKIB : 19/04/2012
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
GEORGETOWN 19 April – UMNO Pulau Pinang meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Osman berhubung pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Menyifatkan kenyataan itu sebagai sandiwara politik yang tidak boleh diterima, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan yang diberi pemimpin kerajaan negeri terbabit amat sukar diterima.
"Mana mungkin soal yang begitu penting bersangkutan tentang hal ehwal agama negeri Pulau Pinang berlaku kesilapan yang begitu rupa?.
"Ini bukan perkara main-main, ini bukan perkara yang boleh kita buat salah silap. Bagaimana mungkin kita nak mentadbir hal-hal agama Islam negeri Pulau Pinang kalau benda semudah nak menamakan Yang Dipertua pun kita buat silap?,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mansor yang menyatakan kerajaan negeri melakukan kesilapan ketika mengemukakan nama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberikan jawatan tersebut kepada Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Salleh Man jika beliau memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.
Namun selepas kemenangannya, janji tersebut berkubur dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebaliknya menamakan Abdul Malik untuk mengetuai MAINPP dan Salleh sebagai Timbalan Yang Dipertua.
Atas desakan pelbagai pihak termasuk Pas, kerajaan negeri pimpinan DAP itu kemudian mengemukakan surat kepada Istana Negara pada 20 Januari lepas untuk memohon perkenan pelantikan Salleh sebagai Yang Dipertua MAINPP.
Mengulas perkara itu, Zainal Abidin berkata kerajaan negeri menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap pelantikan Abdul Malik.
Beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan sebab pembatalan pelantikan Abdul Malik. - BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









