ARKIB : 19/04/2012
DAP P. Pinang didakwa bazir RM3.2j wang rakyat?
PULAU PINANG 18 April - Gerakan hari ini membidas kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.
Tindakan itu dianggap membazir kerana ia dikatakan masih belum diluluskan sedangkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam.
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk orang ramai terlebih dahulu mengenai pelan tersebut dan menunggu kelulusan sebelum melantik mana-mana perunding.
“Kerajaan negeri sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat bagi pembinaan terowong dasar laut.
“Sepatutnya mereka mendapatkan pandangan orang ramai mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sehingga diluluskan terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, pelan tersebut dipamerkan di tempat awam mulai Isnin lalu sehingga 28 April ini bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.
Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain
Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS, laman sosial
Najib, Muhyiddin wajar dikekal demi perpaduan parti
Elak perpecahan UMNO berulang
Zahid Hamidi nafi atur pertemuan Najib, Anwar
Cadang Presiden MIC dihad dua penggal
Kelantan, Pusat diperkukuh
Pemimpin Pas Kelantan ditempelak dakwa dianaktiri kerajaan pusat
Jahara dilantik Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
MIC: Pemilihan semua jawatan tahun ini
Wakil rakyat Pas diberi 'tarbiah'
Lebuh raya: Pas Kelantan kutip RM2.6j derma
Jawatan tertinggi: Cermin diri dahulu
Elak kait politik dengan bencana alam, usah rumitkan keadaan - Zahid Hamidi
ROS siasat jumlah undi diterima CEC DAP
Norza dikembali semula hak sebagai ahli UMNO
Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam
Siew Kiong pertahan jawatan Exco hormati Sultan
UMNO Wilayah mahu Najib, Muhyiddin kekal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










