ARKIB : 19/04/2012
Perjelaskan hubungan Izzah, Affifah
PULAU PINANG 18 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri kepada timbalan presidennya, Azmin Ali, Shamsidar Taharin didesak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hubungan pertalian di antara Nurul Izzah Anwar dan Affifah Azmin dari segi hukum syarak.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, tindakan itu perlu bagi meleraikan tanda tanya yang kini diperkatakan orang ramai.
Menurutnya, ramai ahli PKR sendiri merasa sangsi tetapi tidak berani bersuara kerana takut dilucutkan jawatan atau sebab lain.
"Ini bukan satu dakwaan tetapi ia adalah satu pertanyaan perlu diperjelaskan oleh mereka berdua secara serentak bagi menyatakan perkara sebenar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Aminah turut mendesak Wan Azizah menafikan bahawa PKR merupakan sebuah parti yang tidak menghalang budaya seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) seperti yang diperkatakan masyarakat.
Wan Azizah dan Shamsidar sebelum ini membatalkan sidang akhbar pada saat-saat akhir hingga mengundang rasa tidak puas hati dan menjadi bahan cemuhan dalam kalangan penyokong parti itu.
Sidang akhbar dijadual berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu diuar-uarkan sejak awal bulan ini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), laman blog serta portal propembangkang.
Ia dinantikan oleh seluruh penyokong pembangkang kerana kedua-duanya dijangka menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka.
Siew Kiong akur keputusan MCA
Undi popular pembangkang daripada pengundi Cina
UMNO sedia pangku Pengerusi BN Pulau Pinang
'Black out' hari PRU-13 fitnah
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









