ARKIB : 19/04/2012
Anwar putar belit pemansuhan PTPTN
KUALA LUMPUR 18 April - Selepas berhasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang memenangi pilihan raya umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak sebaliknya.
Beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman tersebut.
Kenyataan tersebut dilihat tidak selari dengan hasrat beliau sebelum ini yang mahu memberikan pendidikan percuma kepada semua melalui pemansuhan pinjaman berkenaan.
Sambil mendakwa dan menyifatkan tindakan anak lelaki kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia), Tan Sri Tony Fernandes memohon pinjaman PTPTN sebagai tidak munasabah, jelas Ketua Pembangkang itu, peluang pendidikan bukanlah satu masalah kepada golongan kaya.
''Golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui PTPTN walaupun pakatan pembangkang komited untuk memansuhkan bayaran itu. Peluang pendidikan bukanlah satu masalah kepada golongan kaya dan 'maha' kaya.
"Saya dengar, anak lelaki bos AirAsia (Tony Fernandes) pun memohon pinjaman PTPTN. Ini tak munasabah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pembangkang di sini hari ini.
Anwar sebelum ini berhasrat mahu memansuhkan PTPTN sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang dan beliau menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun, perkara itu mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjelaskan tindakan itu menunjukkan Anwar sudah lupa apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Menteri Kewangan semasa penubuhan PTPTN dahulu.
Sebelum ini, Utusan Malaysia yang memetik kenyataan pengendali blog RBF Online melaporkan Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.
Menurut blog tersebut, pada 1997, Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Blog berkenaan mendakwa Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh itu beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









