VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 19/04/2012

Acara sukan utama di semua TV

TANJUNG MALIM 18 April - Berita baik untuk rakyat Malaysia.

Mulai 1 Mei ini, semua rancangan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi dimonopoli oleh televisyen tertentu tetapi boleh disaksikan di stesen-stesen televisyen lain di negara ini.

Pada masa sama, lebih 32 juta pemilik telefon pintar mudah alih berteknologi 2G atau 3G di negara ini kini boleh mengikuti siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara langsung melalui peranti masing-masing menerusi pelancaran RTM Mobile.

RTM Mobile merupakan aplikasi streaming secara langsung di telefon pintar mudah alih yang membolehkan pengguna menonton siaran televisyen dan mendengar radio RTM dengan melayari laman web www.rtm.gov.my.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan kedua-dua perkara tersebut semasa melancarkan RTM Mobile Sempena Ulang Tahun RTM Ke-66 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah memperluaskan penyiaran semua rancangan sukan ke semua stesen lain itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara-acara sukan yang bercirikan kepentingan negara.

Ia juga katanya, diharap dapat mengukuhkan integriti nasional serta wilayah dan semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat.

"Ini bermakna mulai 1 Mei ini, rancangan sukan popular seperti Sukan Olimpik Musim Panas, Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Liga Perdana Inggeris (EPL), Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan badminton Piala Thomas akan dapat diikuti di saluran RTM dan Media Prima seperti TV3 dan lain-lain," katanya pada majlis tersebut.

Hadir sama isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan an, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Rais berkata, kerajaan menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi melaksanakan perkara itu demi kepentingan rakyat.

"Akta itu telah dikuatkuasakan pada Disember lalu dan akan dikuatkuasakan secara terus menerus mulai 1 Mei ini," katanya.

Beliau berkata, menerusi akta itu, semua stesen penyiaran televisyen yang mendapat hak penyiaran sesuatu acara sukan mesti bersedia untuk berkongsi kandungan tersebut dengan semua stesen televisyen bebas ke udara yang tidak memperoleh hak penyiaran itu.

"Selama ini siaran sukan seperti itu dimonopoli oleh Astro tetapi Astro telah bersetuju supaya kandungan sukan bercirikan kenegaraan dapat disebarkan ke seluruh tanah air, bukan hanya melalui satu syarikat penyiaran," ujarnya.

Sementara itu, Rais berkata, RTM Mobile membolehkan rakyat Malaysia mengikuti siaran RTM pada bila-bila masa sama ada ketika berada di rumah atau di luar.

Katanya, inovasi terbaharu itu adalah salah satu khidmat kepada rakyat dan diharap dapat meningkatkan mutu penyiaran RTM dalam memberikan maklumat dan pendidikan memperkasakan negara bangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.