VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/04/2012

Tiga novelis jayakan wacana penulisan Melayu

KUALA LUMPUR 17 April - Tiga novelis popular, Norzailina Md. Nordin, Abdul Halim Toha (Pingu Toha) dan Nurul Azalila Ahmad Sahimi (Areila Sahimi) antara penulis yang menjayakan Program Wacana Penulisan dan Penerbitan Bahasa Melayu anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Auditorium PNM, hari ini.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, program bertemakan Melestarikan Terbitan Bahasa Melayu itu adalah antara 15 program utama pembudayaan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang dirancang sepanjang tahun ini.

"Program ini juga bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

"Novelis ini akan berkongsi pengalaman mereka sebagai penulis novel dalam Slot Bual Bicara Bersama Novelis serta mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat selepas itu," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Wacana Penulisan dan Penerbitan Bahasa Melayu, di sini semalam.

Menurutnya, program itu diadakan bagi mencapai sasaran penerbitan bahan bacaan sebanyak 28,000 judul menjelang 2015.

Buat masa ini, katanya, penerbitan bahan bacaan negara adalah sekitar 17,000 judul setahun berdasarkan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

"Kita menjangkakan masih ramai penerbit buku yang belum menerbitkan karya untuk diserahkan kepada PNM berikutan jumlah permohonan ISBN yang lebih tinggi," katanya.

Raslin berkata, penulis memainkan peranan penting dalam mencapai status negara maju yang lahir daripada golongan memiliki pengetahuan tinggi.

"Selain kuantiti, penulis juga berperanan memastikan aspek kualiti bahan bacaan khususnya dari segi isi kandungannya tepat dan memberi kesan kepada seluruh masyarakat," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.