VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 17/04/2012

Kadar penembusan jalur lebar meningkat 65 peratus

KUALA LUMPUR 16 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengunjurkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah akan meningkat daripada 62.9 peratus kepada 65 peratus tahun ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permintaan untuk Internet berkelajuan tinggi akan terus menjana pertumbuhan jalur lebar negara dalam perkhidmatan tetap dan mudah alih.

"Meskipun pasaran jalur lebar negara hampir tepu, namun masih ada ruang untuk meningkatkannya, terutama berikutan peluasan jalur lebar berkelajuan tinggi Telekom Malaysia, UniFi," katanya pada perbincangan mengenai spektrum telekomunikasi 2.3 gigahertz (Ghz) anjuran MIDF Research di sini hari ini.

Sharil berkata, ini akan menambah inisiatif yang sudah dilaksanakan, yang bermatlamat meningkatkan pertumbuhan penembusan jalur lebar seperti meluaskan liputan, menyediakan kemudahan yang mampu dimiliki, meningkatkan daya tarikan dan mewujudkan kesedaran mengenai jalur lebar dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, pasaran jalur lebar dijangkakan berkembang kepada kadar penembusan 75 peratus sebelum mencecah paras tepu.

Mengenai spektrum 2.6 Ghz, Sharil berkata, ia sesuai untuk menyediakan kapasiti berbanding meningkatkan liputan.

"Spektrum yang memerlukan lebih banyak menara penghantaran berbanding gelombang spektrum yang lebih rendah, menjadikannya sesuai untuk gelombang spektrum rendah, terutama 1 Ghz dan ke bawah, di kawasan berkapasiti tinggi," katanya. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.