VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 16/04/2012

BN senarai calon Mei

PUTRAJAYA 15 April – Senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka mula disenarai pendek seawal-awalnya pada bulan depan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, proses saringan, termasuk melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi bagi calon-calon PRU-13 dari UMNO telah diselesai dijalankan.

‘‘Esok, saya akan tulis surat kepada semua presiden parti komponen BN untuk mereka menghantar nama-nama calon yang difikirkan layak bagi PRU-13 dan mereka akan diberikan tempoh selama dua minggu untuk berbuat demikian.

‘‘Selepas itu, barulah saya akan serahkan senarai calon BN untuk PRU-13 kepada pengerusi parti dan beliau akan melakukan saringannya sendiri sebelum dimuktamadkan,” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kira-kira 700 orang yang layak bagi kawasan Parlimen Putrajaya di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan 1,000 buah komputer riba 1Malaysia kepada pelajar yang layak.

Semalam, senarai nama calon dari UMNO telah diterima pada 2 April lalu dan ia membabitkan tiga nama bagi setiap kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya mengenai senarai calon UMNO, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dan Setiausaha Agung UMNO berkata, ia membabitkan muka lama dan baharu.

Malah, beliau menambah, ada juga bahagian yang menghantar nama calon yang bukan dari jawatankuasa bahagian masing-masing.

‘‘Ini menunjukkan ahli bahagian memahami kehendak presiden parti yang mahukan calon PRU BN adalah yang diterima oleh akar umbi,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.