VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 16/04/2012

Potensi baka Shami


Perahan susu kambing dilakukan awal pagi sebagai sebahagian kerja rutin setiap hari.


INDUSTRI kambing tempatan antara subsektor ternakan yang lambat berkembang berdasarkan kepada tahap sara diri (SSL) yang rendah ketika ini.

Dalam usaha menyahut visi kerajaan meningkatkan jumlah bilangan kambing kepada 1.5 juta ekor menjelang 2015, ramai penternak masih tercari-cari baka yang sesuai untuk dibiakkan sekali gus membantu mencapai visi tersebut.

Setakat ini, antara pendekatan yang digunakan ialah pembiakan semula jadi (natural) di samping permanian beradas menggunakan air mani beku atau semen yang diambil dari kambing jantan dan dibekukan dari baka yang sesuai antaranya Boer, Jamnapari import untuk dikacukkan dengan baka tempatan.

Namun, masih ramai penternak tercari-cari apakah baka induk yang sesuai dan bernilai tinggi sekali gus memberi keuntungan dalam perniagaan ladang ternakan kambing mereka.

Seorang peladang yang berkecimpung dalam ternakan ruminan di Rembau, Negeri Sembilan, Bakly Baba memilih kambing baka Damascus (Shami) yang dikatakan mampu mencetuskan fenomena baru dalam industri ternakan kambing di negara ini.

Baka yang dikatakan berasal dari Syria dan dibawa masuk ke Cyprus kira-kira 80 tahun duhulu itu mempunyai keistimewaan membekalkan daging dan susu sekali gus.

Minatnya untuk terlibat dalam penternakan dengan meneroka bidang yang baru tidak sukar untuk dijangka memandangkan sebagai usahawan yang lama dalam bidang pertanian, Bakly perlu mencuba mencari peluang baru.

Dia sebenarnya mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 200 hektar di Linggi, Negeri Sembilan beroperasi dengan syarikat Belzi Izyan Sdn. Bhd.

Tidak cukup dengan itu, semangatnya terus berkobar-kobar untuk membantu industri ternakan kambing dan dia akhirnya mencuba menternak 20 ekor kambing pelbagai baka antaranya Katjang, Jamnapari, Boer bermodalkan RM30,000.

Projek tersebut yang diusahakan pada 2007 di Kampong Berkat Chembong , Rembau, dimulakan dengan sebuah kandang sahaja.

Namun bagi Bakly, menternak kambing untuk pedaging tidak mencukupi apatah lagi dengan menggunakan baka Saneen dan Jamnapari sahaja.

Ini kerana, beliau tidak dapat mencapai matlamat mengeluarkan susu kambing yang berkualiti tinggi dan dengan kuantiti yang banyak.

Beliau kemudian mengadakan kerjasama dengan seorang rakannya Mohd. Shariff Salleh dari syarikat Asreda Corporation Sdn. Bhd. yang merupakan wakil tunggal Y.N Antoniades & Sons Ltd. untuk Asia Tenggara bagi mengimport baka Shami dari Cyprus.

Beliau membuka sebuah lagi kandang di tapak sedia ada bagi menempatkan 300 ekor kambing baka baru tersebut.

‘‘Saya memilih baka Shami kerana ia berpotensi untuk diusahakan dan mampu memberi aliran wang tunai yang cepat serta mendatangkan pulangan sehingga tiga kali ganda berbanding baka lain.

‘‘Baka kambing ini sesuai untuk usahawan yang mahu terlibat dalam industri ternakan secara komersial bagi daging dan susu sekali gus.

‘‘Hasil dari susu ialah lapan kali ganda lebih tinggi dari daging’’ ujarnya ketika ditemui di ladangnya di Rembau baru-baru ini.

Ladang tersebut yang dimajukan di bawah syarikat Intan Terpilih Farm, kini memiliki kira-kira 350 ekor baka Shami yang pada asalnya dibawa masuk dari Cyprus menerusi Asreda Corporation.

Menurut Bakly, antara keistimewaan baka tersebut ialah mampu mengeluarkan purata tiga hingga empat liter susu bagi seekor kambing sehari.

Baka Shami juga mampu mengeluarkan susu dalam jangka masa antara tujuh ke sembilan bulan dengan mencapai jumlah pengeluaran susu antara 400 ke 850 liter bergantung kepada kualiti pemakanan dan kesihatan kambing.

Buat masa ini selain dari mengeluarkan dan menjual susu, Bakly menumpukan usaha mendapatkan banyak anak baka kambing Shami kerana permintaan yang tinggi dari penternak.

Ramai penternak kata beliau, telah tahu kelebihan kambing Shami mampu memberi pulangan lebih baik.

Ladangnya yang kini mempunyai 1,000 ekor kambing terutama Shami dan juga kambing kacukan Shami (jantan) dengan kambing betina baka lain seperti Boer, Jamnapari dan Saanen dan akan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran susu kambing Shami pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.