ARKIB : 14/04/2012
Keluasan padi 12,250 hektar

ARAU 13 April - Perlis menyasarkan keluasan kira-kira 12,250 hektar tanaman padi dengan sekurang-kurangnya 1,250 hektar setiap tahun menerusi program Estet Padi Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1Perlis menjelang 2020.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, selain itu pengeluaran padi juga disasarkan meningkat kepada lapan tan bagi setiap hektar setahun.
"Pada awal pelaksanaan program ini kawasan terlibat hanya 1,095 hektar tetapi pada musim baru ia meningkat kepada 1,250 hektar," katanya.
Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Cek Insentif Projek Estet Padi NKEA Musim 1/2012 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A-1 Guar Sanji, di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 300 petani menerima insentif bernilai RM1.052 juta menerusi penyertaan dalam program estet padi NKEA.
Turut hadir Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi, Sabry Ahmad dan Pengurus Wilayah 1 MADA, Ruslan Abdul Ghani Ahmad.
Md. Isa berkata, kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM2.19 juta pada musim awal pelaksanaan program ini iaitu musim 2/2011 manakala pada musim 1/2012 pula diperuntukkan sebanyak RM2.18 juta.
Katanya, sudah tiba masanya petani melihat tanaman padi dijadikan sebagai industri supaya peningkatan hasilnya meningkat berkali ganda berbanding dengan zaman dahulu.
Tambah beliau, walaupun secara beransur-ansur dan banyak rintangannya tetapi diharap program ini dapat berjalan dengan sempurna.
"Selain itu ada petani di luar MADA yang berminat tetapi masih tidak dapat dipenuhi memandangkan masalah utama iaitu air perlu diatasi terlebih dahulu," katanya.
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









