ARKIB : 14/04/2012
Maut terkena renjatan elektrik
![]() |
|
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha menurunkan mayat Gilbert Santos Alani yang terkena renjatan elektrik di Tamu Apin-Apin, Keningau, semalam. |
KENINGAU 13 April - Hasrat bapa kepada tiga anak untuk berhijrah ke Afrika tidak kesampaian apabila dia menemui ajal sewaktu bertugas menyelenggara sambungan lampu jalan di Tamu Apin-Apin di sini hari ini.
Gilbert Santos Alani, 39, dari Kampung Biah Tengah di sini dan bekerja sebagai juruteknik pendawaian swasta, maut terkena renjatan tenaga elektrik ketika menjalankan kerja-kerja itu pada pukul 11 pagi ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata, mayat mangsa ditemui tergantung di atas kabel elektrik di tepi jalan dalam keadaan terkulai.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 11.16 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama lapan anggota dan sebuah kenderaan utiliti.
"Bomba terpaksa mengambil masa lebih setengah jam untuk menurunkan mayat mangsa," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, rakan mangsa, Michael Gubongo, 32, yang berada di tempat kejadian memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas dan dia ternampak sendiri bagaimana mangsa seolah-olah ditendang dengan kuat.
"Saya terdengar satu dentuman kuat dan ketika itu saya lihat mangsa seperti ditendang ketika cuba menyambungkan wayar lampu jalan ke kabel utama," katanya.
Tambah Michael, mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil, seringkali bercerita tentang hajatnya untuk berhijrah ke Afrika untuk menjadi penyelia elektrik di sana.
Jangan takut untuk bertindak
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










