ARKIB : 14/04/2012
Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa
KUALA LUMPUR 13 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perbuatan mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan paling kurang ajar dan biadab.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dakwaan pengawai perubatan yang bertugas pada majlis istiadat tersebut, Dr. Rahman Kadir adalah benar, mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya.
Jelas Ibrahim, mengenali sikap serta tingkah laku pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kejadian tersebut sama ada di Dewan Rakyat mahupun ketika demonstrasi jalanan, beliau yakin itulah sebenarnya mentaliti mereka.
“Saya yakin Dr. Rahman bercakap benar dan mustahil beliau berani untuk mereka-reka dakwaan serius sebegitu apatah lagi semasa majlis istiadat Yang di-Pertuan Agong. Pada masa yang sama, beliau pula individu berkecuali dan bukan pemimpin politik.
Rahman dalam akaun Facebooknya semalam menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan raja-raja Melayu.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau kesal dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin pembangkang yang didakwa mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu.
Beliau berkata, perlakuan oleh pemimpin-pemimpin terbabit menunjukkan seolah-olah mereka tidak menghormati sistem raja berperlembagaan yang menjadi teras pemerintahan negara.
“Sebagai pemimpin, mereka seharusnya menunjukkan contoh baik terutama kepada tetamu-tetamu lain yang hadir pada majlis berkenaan kerana ia turut dihadiri tetamu dari luar negara termasuk duta-duta yang bertugas di negara ini.
“Mereka sepatutnya menyedari bahawa kehadiran mereka adalah sebagai wakil kepada rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi berperlembagaan dan setiap perbuatan serta tingkah laku mereka pasti menjadi perhatian orang ramai yang mengikuti majlis pertabalan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Ahli DAP tunjuk isyarat lucah
Ka Siong tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda MCA
Demonstrasi ahli DAP bantah Utusan tiada sambutan
Syor tubuh RCI tangkis tuduhan pembangkang
Dendam berterusan DAP kepada KDN
Sahabat karib Anwar kecewa
'Henti dedah rahsia DAP' - Karpal Singh
Pengerusi DAP didesak henti ugut pihak tidak sealiran
Exco: Pas 4, PKR dan DAP 3
BN balas sokongan rakyat
Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN
Soi Lek perlu berundur demi masa ‘depan’ MCA - Robert Phang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









