VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/04/2012

Majalah Saji anjur bengkel memasak


BADRUL Azhar (dua kiri), Syed Gadafi Syed Ali (tiga kiri) dan Vincent Lai (tiga kanan) bergambar bersama replika cek tajaan sempena Bengkel Memasak Saji Bersama Chef Kamarul dan Rempah Mak Dara 2012 diiringi oleh Zuzaliza Bajuri (dua kanan), Nur Aishah Ismail (kanan) dan Chef Kamarul (kiri).


KUALA LUMPUR 12 April - Selepas menempa kejayaan dalam penganjuran Pertandingan Pencarian Chef Saji dan Rempah Mak Dara tahun lalu, majalah Saji terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. akan menganjurkan pula Bengkel Memasak Saji untuk pembaca setianya.

Menariknya, bengkel yang akan diadakan di tujuh lokasi itu nanti akan menampilkan chef selebriti tanah air iaitu Chef Kamarul Hasni yang akan membuat demonstrasi tiga jenis masakan menggunakan produk Rempah Mak Dara.

Penolong Pengarang majalah tersebut, Nur Aishah Ismail berkata, penganjuran bengkel berkenaan adalah sebagai menghargai sokongan dan mendekati pembaca setianya.

"Kami menganjurkan bengkel ini bertujuan mendekati lebih ramai pembaca setia memandangkan tempat yang lebih banyak boleh disediakan berbanding pertandingan yang penyertaannya terpaksa dihadkan.

"Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dalam majalah Saji dan akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo!," katanya selepas majlis penyerahan tajaan oleh penaja bengkel itu di Kompleks Seri Utusan, Bangi dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Badrul Azhar, Pengarah Urusan Rempah Mak Dara, Syed Gadafi Syed Ali, Pengurus Kinowell Healthy Kitchen, Vincent Lai, Pengurus Besar Operasi UKSB, Zuzaliza Bajuri dan Selebriti Chef, Chef Kamarul Hasni.

Katanya, bengkel berkenaan akan diadakan di Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah pada 21 April ini; Hotel Impiana, Ipoh, Perak (12 Mei); Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan (16 Jun); Hotel The Katerina, Batu Pahat, Johor (14 Julai) dan Kelana Resort, Seremban, Negeri Sembilan (8 September).

"Bagi bengkel di Shah Alam dan ibu kota yang masing-masing akan diadakan pada 29 September dan 14 Oktober nanti, kami masih mencari lokasi yang bersesuaian.

"Pada setiap bengkel itu, peserta berpeluang beramah mesra dengan Pengasas Jamu dan Rempah Mak Dara, Ibu Halimah Shuib yang akan turut menceriakan bengkel itu di samping berhibur dengan telatah penyanyi Haiza selaku pengacara," jelasnya.

Nur Aishah berkata, penyertaan bengkel tersebut terbuka kepada 100 hingga 150 orang bagi setiap lokasi dan keutamaan diberi kepada peserta yang mendaftar segera.

"Peserta yang berminat harus mendapatkan borang penyertaan dan kemudian membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM50 melalui akaun bank yang nombornya disertakan atau melalui wang pos. Mereka perlu menghantar slip pembayaran kepada kami sebagai bukti melalui pos atau faks," ujarnya.

Setiap pendaftaran yang dilakukan peserta akan menerima cenderamata, sijil penyertaan dan langganan percuma majalah Saji untuk tiga bulan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan Jenama (Majalah) Utusan Karya Sdn. Bhd. di talian 03-89262999.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.