VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 12/04/2012

Mengatasi sakit sendi


Muzaffar Mustapa ketika menerangkan mengenai produk Iz Wellin.


OSTEOARTRITIS membawa maksud radang sendi tulang disebabkan oleh masalah kemerosotan tulang rawan yang meliputi sendi-sendi sinovial seperti di lutut, paha, bahu, siku dan sebagainya.

Masalah ini boleh dikategorikan salah satu penyakit kronik yang 'menyerang' apabila seseorang berjalan, berdiri dan kadangkala semasa rehat juga.

Bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, adalah dinasihatkan agar berhati-hati kerana kajian menunjukkan seorang daripada empat wanita dan seorang daripada lima lelaki berumur 50 tahun ke atas akan menghidap osteoartritis.

Secara fahamannya, masalah ini akan 'menyerang' golongan warga emas tetapi ia juga berlaku kepada mereka yang lebih muda.

Selain perubatan, alternatif terbaru di pasaran ialah produk Iz Wellin yang dihasilkan bagi membantu menangani masalah sakit lutut, gout dan radang sendi.

Diperbuat daripada bahan aktif iaitu boswellia serata, tumbuhan herba yang tumbuh subur di India. Ia dilihat mampu memberikan banyak kebaikan kepada sendi kerana bahan ini bertindak sebagai ejen anti inflamasi dengan kehadiran asid boswellic.

Menurut Pengarah Urusan ZZ Marketing Sdn. Bhd., Muzaffar Mustapa, produk tersebut yang telah dua tahun berada di pasaran merupakan satu suplemen pemakanan untuk lutut.

Tambahnya lagi, suplemen tersebut sesuai dimakan sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas.

"Iz Wellin ini merupakan suplemen tambahan untuk mereka yang mengalami masalah pada lutut termasuklah masalah lenguh lutut.

"Dengan Iz Wellin ini ia mampu memberi semula isian kepada sendi agar tulang tidak bergesel," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berbicara lanjut mengenai produk tersebut, jelas Muzaffar, sebelum mereka memasarkan produk tersebut, pihaknya bersama pakar nutrisi terlebih dahulu menjalankan kajian ke atas bahan-bahan yang digunakan.

Katanya, kebanyakan bahan mentah seperti herba diimport dari India kerana berkualiti selain terbukti keberkesanannya.

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Iz Wellin ialah boswellia serata, kurkumin dan kalsium laktat.

Untuk boswellia serata, asidnya mampu menurunkan aktiviti enzim proinflamasi yang dikenali sebagai elastase manusia.

Kebaikannya, dapat mencegah kerosakan tulang rawan dan sendi, mengurangkan sel imun yang menyebabkan keradangan, meningkatkan bekalan darah ke sendi, menenangkan sendi dengan cecair synovial juga struktur menjadi licin dan mudah untuk bergerak.

Bagi kurkumin (akar kunyit), ia mampu meningkatkan imun tubuh dan mengurangkan inflamasi dengan menurunkan tingkat histamine serta merangsang kelenjar adrenal untuk meningkatkan pengeluaran hormon.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi 012-2215942 atau layari laman web www.zzbeauty.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.