ARKIB : 10/04/2012
Watson lakar kejutan juarai Masters

AUGUSTA, Georgia - Pemain Amerika Syarikat, Bubba Watson melakar kejutan merangkul kejuaraan golf Masters selepas mengetepikan cabaran bintang Afrika Selatan, Louis Oosthuizen dalam saingan playoff di Augusta National, semalam.
Watson muncul pemain kidal ketiga dalam sejarah berjaya menyarung jaket hijau, pada saingan yang menyaksikan dua pemain pilihan, juara empat kali, Tiger Woods dan jaguh No. 1 dunia, Rory McIlroy dari Ireland menamatkan kempen dengan persembahan terburuk, lima atas par 293.
Watson dan Oosthuizen melengkapkan empat pusingan dengan terikat 10 bawah par 278.
Oosthuizen mencatat double eagle untuk menutup cabaran dengan tiga bawah par 69, manakala Watson menamatkan aksi menerusi empat bawah par 68.
Saingan playoff bermula di lubang 18, namun saingan diheret ke lubang tambahan kedua selepas kedudukan masih terikat.
Di par empat lubang 10, Watson bangkit daripada pukulan yang tersasar di kawasan pokok menerusi dua putt cantik, pada ketika putt Oosthuizen, juara Terbuka Britain 2010 gagal menghasilkan par.
Watson menangis kegembiraan sejurus disahkan juara edisi ke-76 Masters, yang juga gelaran besar pertamanya.
"Saya tidak pernah bermimpi dapat pergi sejauh ini," kata Watson.
Pemain No. 3 dunia, Lee Westwood berkongsi tangga ketiga dengan Phil Mickelson, Matt Kuchar dan Peter Hanson menerusi catatan lapan bawah par.
Woods mencatat prestasi terburuk dalam sejarah Masters apabila menutup saingan dengan dua atas par 74 untuk mengumpul 293 pukulan keseluruhan, lima atas par. Dia terikat di tangga 40 bersama juara Terbuka Amerika Syarikat, McIlroy. - Reuters
Bayern julang trofi Liga Juara-Juara
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Havelange dapat penghargaan Platini
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










