VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 10/04/2012

Projek cegah hakisan pantai Santubong siap Ogos


Douglas Uggah Embas (kiri) berbincang sesuatu dengan Wong Siu Heng ketika mengadakan lawatan kerja ke projek pembinaan benteng ombak di Kampung Santubong, semalam.


SANTUBONG 9 April - Projek mencegah hakisan pantai di sepanjang Tebingan Santubong di sini yang bernilai lebih RM850,000 dijangka siap sepenuhnya sebelum Ogos ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, sehingga 30 Mac lalu, projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri itu berjalan lancar apabila hampir 27 peratus daripadanya berjaya disiapkan.

Selain itu katanya, projek yang pada asalnya melibatkan kawasan sepanjang 150 meter akan disambung sehingga ke hujung pantai, iaitu tambahan kira-kira 150 meter lagi dengan kos sebanyak RM500,000.

"Perjalanan projek ini sebenarnya agak pantas kerana mendahului jadual asal sebanyak 5.5 peratus.

"Walaupun terdapat penambahan, kita yakin ia mampu disiapkan dalam jangka masa ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut di Kampung Santubong di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Wong Siu Heng.

Projek mencegah hakisan pantai tersebut yang bermula sejak Februari lalu merangkumi pembinaan struktur lapis lindung sepanjang 150 meter serta kerja-kerja menaik taraf struktur blok konkrit sedia ada sepanjang 350 meter.

Mengulas lanjut, Douglas berkata, selain Santubong, kerja-kerja membaik pulih dan membina benteng pencegah hakisan pantai dan sungai turut dilakukan di beberapa kawasan lain di seluruh negeri ini.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan apa yang kita janjikan kepada rakyat Sarawak terutamanya dalam mengatasi masalah ancaman hakisan pantai dan sungai," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.