VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 10/04/2012

Uniknya ‘Gipsi Laut’ Semporna


Perahu menjadi nadi kehidupan kaum Bajau Laut Pala'u di pesisir laut Semporna.


SEMPORNA 9 April – Daerah Semporna amat unik, kerana terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya dan komuniti etniknya yang begitu istimewa. Inilah yang menjadikannya berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

Kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Bajau yang terbahagi kepada 10 subetnik. Sebahagian daripada mereka berkampung di darat, namun masih ramai lagi yang ‘bermukim’ di tengah laut, etnik ini dikenali sebagai kaum Bajau Laut Pala‘u.

Mereka juga dikenali dengan panggilan ‘Gipsi Laut’ kerana kehidupan mereka di laut yang selalu berpindah-randah. Selain di pesisir laut Semporna, mereka juga boleh ditemui di sekitar laut Tawau dan Lahad Datu.

Kaum ini yang amat mahir dengan laut, bergantung hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil tangkapan itu di pesisir laut yang didiami mereka.


SEBUAH keluarga kaum Bajau Laut Pala’u berehat di atas lepa-lepa.


Laut dan Bajau Pala‘u tidak dapat dipisahkan seperti lagu dan irama, malah terdapat segelintir mengatakan bahawa mereka tidak tenang apabila berada di daratan dalam tempoh lama hingga akan mengalami sakit.

Mereka masih mengekalkan tradisi nenek moyang iaitu mendiami perahu buatan sendiri yang dikenali sebagai ‘lepa-lepa’.

Makanan mereka juga agak unik iaitu jarang memilih nasi sebagai menu utama, tetapi sebaliknya menggemari ubi kayu yang biasanya ditumbuk atau diparut, sebelum diperah airnya dan digoreng sehingga berwarna kuning-kekuningan. Ia dikenali sebagai ‘putu’ dan ‘tompek’.

Seorang pengkaji budaya, Sofian Harun berkata, antara makanan Bajau Pala'u ialah ‘sagol’ yang berasal daripada perkataan ‘enagol’ yang bermaksud dicampuradukkan.

Beliau berkata, biasanya mereka menggunakan pelbagai jenis ikan untuk memasak masakan ini seperti ikan pari, yu, dan buntal. Ikan-ikan ini dicincang sebelum digaul dengan kunyit dan untuk melazatkan lagi rasanya, ia dimasak dengan menggunakan minyak hati ikan itu.

“Selain itu, mereka juga gemar makan sejenis kerang, 'kima' yang dicampurkan dengan sayur-sayuran atau dimakan mentah dengan hirisan buah limau dan lada," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.