VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 09/04/2012

Teluk Bahang mempunyai keistimewaan alam semula jadi

BALIK PULAU 8 April - Teluk Bahang yang terletak dalam daerah barat daya negeri ini menikmati kemudahan infrastruktur yang baik sejak tahun 1990 lagi melalui usaha berterusan yang dijalankan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, walaupun kedudukan geografinya 'di hujung' pulau, penduduk di situ tidak terpinggir daripada arus pembangunan yang dinikmati negara.

"Saya masih ingat lagi, dahulu jika berlaku gangguan bekalan elektrik, penduduk sering mengeluh kerana ia mengambil masa hampir setengah hari untuk dipulihkan tetapi kini dalam masa setengah jam sahaja ia berjaya dipulihkan.

"Seiring dengan perkembangan pesat negara, kini Teluk Bahang telah mengalami satu transformasi yang mana kehidupan rakyat di sini lebih selesa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Hilmi, Teluk Bahang juga dikenali kerana keistimewaan alam semula jadi yang terdapat di situ, malahan ia menarik kehadiran puluhan ribu pelancong setiap tahun.

"Pada 2010, Taman Negara Teluk Bahang telah diiktiraf sebagai taman negara terkecil di dunia dan ia mula menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat keindahan alam semula jadi di sini.

"Atas faktor itu juga, ia telah mewujudkan aktiviti ekonomi baru apabila banyak kedai makanan dan menjual kraf tangan oleh penduduk tempatan dibuka yang mana mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Teluk Bahang dan laut seolah-olah tidak dapat dipisahkan kerana kedudukan yang dekat.

Oleh itu, ramai penduduknya menjadikan laut sebagai punca mencari rezeki dengan kegiatan menangkap ikan dan hasil perikanan lain.

"Sehubungan itu, sebuah jeti milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LIM) dibina di sini dan memberi manfaat kepada lebih 1,000 nelayan yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu dan Cina.

"Pembinaannya memudahkan lagi aktiviti memunggah dan pengedaran hasil tangkapan nelayan," jelasnya.

Dari aspek sosial pula, Hilmi berkata, kerajaan Pusat menunjukkan komitmen dengan membina Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang bagi menampung keperluan pendidikan penduduk.

"Selain itu, terdapat juga balai polis dengan kekuatan lebih 20 anggota bagi memastikan keamanan terpelihara.

"Di Teluk Bahang juga terdapat sebuah balai bomba yang dilengkapi dengan teknologi terkini bagi kerja-kerja menyelamat jika berlaku kecemasan," katanya.

Menurutnya, usaha kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) membaiki rumah penduduk juga giat dilakukan.

"Sehingga kini, lebih 400 rumah di kawasan ini diberi peruntukan antara RM3,000 hingga RM13,000 untuk dibaiki.

"Bagi penduduk memiliki tanah sendiri pula, mereka diberi bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM33,000 untuk membina rumah dan kini lebih 100 rumah dibina," katanya.

Dalam pada itu, Hilmi berkata, UMNO sentiasa mengadakan program untuk mendekati rakyat bagi mengetahui masalah dihadapi mereka.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.