ARKIB : 09/04/2012
OIC kutuk pengeboman di Selatan Thailand
KUALA LUMPUR 9 April – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan pandangan beratnya terhadap beberapa kejadian pengeboman di Selatan Thailand baru-baru ini mengakibatkan sejumlah nyawa terkorban.
OIC yang berpejabat di Jeddah itu menyelar tindakan pengganas seumpama itu dan mengutuk keganasan terhadap orang awam dari mana-mana golongan, kata jurucakap pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Beliau menarik perhatian bahawa pada 1 Mei 2007, OIC dan Thailand, dalam satu kenyataan bersetuju bahawa iklim keganasan yang dicetuskan oleh serangan ke atas orang awam akan menjejas situasi hak asasi manusia dan ini tidak harus dibiarkan berterusan.
Kenyataan itu dikeluarkan semasa lawatan setiausaha agung OIC, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu ke Thailand.
Jurucakap itu mengulangi kesediaan OIC untuk terus memperluas kerjasama dengan Thailand, yang mempunyai status pemerhati di pertubuhan itu. - BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









