ARKIB : 09/04/2012
SKMM, Telco diminta cari kaedah sekat SMS spam
KUALA LUMPUR 9 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (Telco) diminta mencari satu kaedah terbaik bagi menangani penyebaran maklumat yang tidak diperlukan kepada pengguna menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kedua-dua pihak itu diberikan masa dua bulan untuk mereka mencari penyelesaian terbaik selain daripada mengenakan tindakan undang-undang.
"Kita tidak mahu pornografi terselindung, permainan terselindung dalam SMS (yang dihantar). Kita telah melihat begitu banyak SMS sedemikian yang tidak sepatutnya dihantar ke telefon kita.
"Kita boleh lakukan ini (ambil tindakan) mengikut undang-undang tetapi kita lebih suka jika Telco dan SKMM buat kerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancar Kempen Tanda Tangan 10 Juta di sini hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya Dr. Rais mahu Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) aktif dalam memperjuangkan hak pengguna selain memastikan rakyat mendapat perkhidmatan munasabah dan berpatutan mengikut nilai kos kewangan mereka.
"Telefon itu hak kita dan mesej yang kita terima itu, kita yang menentukan. Tetapi dalam banyak hal (sekarang ini) orang lain yang tentukan (kandungan mesej yang diterima),” katanya. - BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









