VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/04/2012

Galeri seni tenangkan Feeya


Entah apa yang dibincangkan oleh Feeya bersama peminat seni yang ditemuinya ketika di Galeri Petronas, Kuala Lumpur.


JIKA kebanyakan anak muda sebaya lebih gemar meluangkan masa di pusat membeli-belah, lain pula bagi anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini. Bagi empunya nama Nurshafiza Iskandar Azizan, dia lebih selesa jika masa terluangnya diisi dengan perkara berfaedah dan bermanfaat.

Oleh itu, galeri-galeri seni mahupun muzium sering menjadi lokasi pilihan penyampai radio Sinar FM ini untuk menenangkan jiwa dan dalam masa yang sama menambah pengetahuan.

Berkesempatan mengikuti anak gadis yang mesra disapa Feeya ke Galeri Petronas baru-baru ini, ternyata dia sememangnya meminati bidang seni.

“Sebenarnya saya suka pergi ke tempat-tempat sebegini sebab dapat tambah pengetahuan. Rasa tenang sangat.

“Malah pasti ada input dan informasi baru yang akan saya perolehi setiap kali saya datang ke sini.

“Sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

“Lagipun kalau meluangkan masa di sini, kepala pun tak serabut sangat,” katanya yang berusia 23 tahun ini.

Selain itu, Feeya turut mengakui dia sebenarnya sangat tertarik dengan setiap hasil seni yang dipamerkan di galeri tersebut.

Bagi Feeya, kadang-kala bukan mudah untuk menterjemah setiap hasil karya yang cuba ditampilkan oleh seseorang pelukis tersebut.

Malah pameran fotografi juga turut menarik minat Feeya.

“Seni ini merupakan sesuatu yang sangat luas. Kadang-kala mungkin ada masanya kita tidak dapat memahami apa yang dipamerkan.

“Tapi jangan risau kerana di galeri seni biasanya penerangan tentang hasil seni mahupun gambar tersebut pasti akan dijelaskan sebaiknya.

“Kalau pergi pameran gambar pula, kadang-kadang saya rasa sangat teruja dan sangat kagum dengan keindahan gambar yang dirakam oleh jurugambar tersebut,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Selain itu, Feeya juga suka meluangkan masa di tempat-tempat bersejarah.

“Kadang-kadang saya selalu juga pergi ke tempat bersejarah. Kalau saya tak berseorangan, kadang-kadang saya akan pergi dengan keluarga sekali.

“Jujurnya, dengan aktiviti sebegini kita dapat lari dari kesibukan kerja dan dalam masa yang sama dapat menenangkan diri.

“Bagi saya ini merupakan salah satu cara yang sangat baik dalam memastikan kita tidak terlalu tertekan dengan kerja seharian.

“Malah jika dilakukan bersama keluarga, ia juga dapat merapatkan hubungan bersama keluarga,” jelasnya sambil menghayati gambar yang dipamerkan di galeri seni tersebut.

Usia muda,

watak berusia

Siapa sangka dengan usia yang begitu muda, Feeya kini sudah mendapat perhatian beberapa stesen radio tempatan sepanjang tiga tahun pembabitannya dalam bidang tersebut.

Mula melangkah melalui Era Fm pada tahun 2010, diikuti dengan X FM pada tahun 2011, kini suara Feeya sudah sebati dengan watak Cik Piah yang ke udara di Sinar FM setiap hari bermula pukul 1 petang sehingga 4 petang menerusi segmen Sinar Petang.

Tidak menafikan sememangnya sangat aktif bercakap ketika masih kecil, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka bakal terpilih menjadi salah satu teraju utama kepada stesen radio nombor satu itu.

“Masa di sekolah dulu, saya memang sangat aktif berpidato.

“Selain itu, saya sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penyiaran radio ini.

“Jadi perkara tersebutlah yang banyak mendorong saya dalam mengecapi apa yang saya buat kini,” katanya lagi.

Sebagai orang muda di dalam Sinar FM, dia mengakui pada awalnya, dia agak kekok juga ke udara namun lama-kelamaan perasaan tersebut dapat diatasi.

“Kalau nak diingatkan balik, memang saya ada terima komen dan kritikan masa mula-mula terlibat dalam bidang ini.

“Tapi saya ambil perkara tersebut sebagai salah satu cabaran dalam memperbaiki kelemahan saya. Saya belajar melalui kesilapan tersebut.

“Saya rasa bersyukur sangat kerana sepanjang saya berada bidang ini, kebanyakan penyampai radio yang lebih berpengalaman banyak memberi tunjuk ajar dari segala aspek.

“Alhamdulillah kini berkat segala usaha saya dan bantuan senior, Cik Piah yang berperwatakan ‘makcik-makcik’ itu sudah dikenali ramai.

“Malah ada juga peminat yang jumpa saya di luar terkejut kerana mereka ingatkan Cik Piah yang selalu mereka dengar di radio itu sudah berusia, rupanya masih berusia 20-an,” katanya sambil ketawa kecil.

Tambah Feeya, walau di mana sahaja dia ditempatkan, apa yang pasti, dia akan berusaha sedaya upaya bagi memuaskan hati semua orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.