VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 06/04/2012

Jakel Kubang Kerian terbesar di Pantai Timur


GEDUNG perniagaan terbaharu Jakel di Kubang Kerian, Kota Bharu bakal menjadi pusat fesyen Pantai Timur.


KOTA BHARU 5 April - Kumpulan Jakel membuka cawangan baharunya di Kubang Kerian di sini yang merupakan gedung tekstil terbesar syarikat itu di Pantai Timur.

Pembukaan cawangan tersebut mendekatkan lagi Jakel dengan pelanggan setia produknya di negeri ini yang dilaporkan sanggup turun ke Lembah Klang semata-mata untuk mendapatkan pelbagai fabrik rekaan eksklusif Jakel.

Pembukaan cawangan itu hari ini, ternyata mendapat sambutan hangat sehingga orang ramai 'menyerbu' gedung tiga tingkat itu bagi mendapatkan pelbagai jenis tekstil, termasuk tudung Ariani berharga istimewa.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, dengan pembukaan gedung berharga RM40 juta termasuk kos bangunan dan ubah suai serta produk itu, maka pelanggan Jakel tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur dan Shah Alam untuk mendapatkan fabrik istimewa keluaran Jakel.

"Di Wisma Jakel ini disediakan 5,000 rekaan dari seluruh dunia, termasuk chiffon, satin, renda shantung, lycra, taffeta, organda, sutera Korea dan Itali.

"Terdapat juga lebih 2,000 corak renda yang menarik dan berwarna-warni untuk memenuhi selera pelanggan, termasuk mereka yang teliti membuat pilihan.

"Fabrik yang ditawarkan adalah pelbagai, daripada harga serendah RM2.90 semetar ke ratusan ringgit. Fabrik yang dijual diimport dari Perancis, Itali, Turki, Korea, India, Jepun dan Indonesia.

"Konsep rekaan fabrik berkenaan dicipta oleh para pereka Kumpulan Jakel sendiri dan kemudian dihantar ke negara-negara berkenaan untuk proses pengeluaran," katanya di sini, malam tadi.

Beliau ditemui sempena majlis solat hajat dan doa selamat sempena pembukaan cawangan baharu Jakel itu yang bermula hari ini.

Menurut Mohamed Faroz, konsep di bawah satu bumbung akan memudahkan pelanggan Jakel mencari sebarang fabrik, tudung, langsing, mahupun karpet termasuk rekaan eksklusif dan buatan tangan dari Mesir, Turki dan Iran.

Beliau berkata, pembukaan Jakel Kubang Kerian bakal mengubah wajah Kota Bharu sebagai 'pusat fesyen Pantai Timur', mengambil kira minat wanita Kelantan yang suka kelainan, kelihatan cantik dan bergaya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.