ARKIB : 06/04/2012
580 acara didaftar sempena himpunan belia
PUTRAJAYA 5 April - Sebanyak 580 acara didaftarkan sempena Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya.
Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semua acara itu akan diadakan serentak dari awal pagi hingga malam.
Katanya, acara-acara itu akan dibiayai sepenuhnya oleh penganjur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kementerian beliau.
"Aktiviti-aktiviti ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak penganjur, kita hanya membantu dari segi pengurusan tempat dan sukarelawan di mana penganjur akan bergandingan bersama.
"Terdapat lebih 30 jenis acara bersifat keusahawan dan kesukanan. Sukan futsal sahaja kita jangkakan seramai 20,000 peserta selain aktiviti lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan larian Standard Chartered sempena Hari Belia 2012 di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Osman Morad.
Menurut Ahmad Shabery, acara larian anjuran Standard Chartered dijangka menjadi salah satu acara besar sempena karnival kali ini berdasarkan sambutan hebat pada tahun lepas.
"Terlalu banyak acara istimewa pada sambutan itu nanti dan larian ini merupakan salah satu tarikan istimewa kerana ia mendapat penyertaan daripada belia pelbagai kaum selain golongan profesional dan kelas menengah,'' katanya.
Sementara itu, Osman berkata, larian tahun ini akan menawarkan pelbagai kelainan termasuk kategori larian berkostum dan larian selebriti.
"Ramai artis dan selebriti terkenal tempatan akan hadir pada hari tersebut antaranya Jaclyn Victor.
"Kita juga menyasarkan 8,000 peserta untuk larian kali ini berbanding tahun lepas sebanyak 5,000 peserta," katanya.
133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan - Ahmad Zahid
Nor Mohamed Yakcop Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional
Ummu Jah dijangka didakwa atas tuduhan hidupkan Al-Arqam
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali
Nombor pendaftaran baru KL mula W1A, akhir W9999A - Hishammuddin
Citrawarna: Jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup
KDN rampas tabloid Suara Keadilan, Harakah, The Rocket
CUEPACS mahu kerajaan kaji sistem gred pasukan uniform
BN kaji fail petisyen terhadap keputusan PRU-13
Kegemilangan negara berakhir jika pemerintah lupa, alpa - Raja Nazrin
Anak Sosilawati syukur keputusan mahkamah kes bunuh ibunya
Nombor pendaftaran WYY9999 berakhir Julai
Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang mengaku tidak bersalah khalwat
Pendaki wanita termuda tawan Everest
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









