VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 05/04/2012

Jeti baru untuk kemudahan nelayan Bukit Pelandok


Ee Kong Huat menunjukkan keadaan jeti yang uzur serta boleh membahayakan keselamatan nelayan di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 4 April - Penantian 37 nelayan di Bukit Pelandok dekat sini bagi membaiki pengkalan mereka yang uzur dan daif akhirnya tercapai apabila kerajaan meluluskan peruntukan bagi pembinaan jeti baru di kampung tersebut.

Melalui peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM150,000 yang diluluskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini, sebuah jeti baru akan dibina di kawasan itu untuk kemudahan para nelayan berkenaan.

Menurut ketua nelayan di situ, Ee Kong Huat, 53, jeti sedia ada yang sudah berusia hampir 45 tahun hanya menunggu saat untuk runtuh disebabkan kayunya semakin reput di makan anaianai.

"Para nelayan juga terpaksa meletakkan bot mereka jauh dari jeti ini disebabkan tempat yang sedia ada amat terhad," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, para nelayan di situ terdiri daripada Melayu, Cina dan India dengan jumlah bot sebanyak 31 buah.

"Keprihatinan kerajaan membantu kami amat saya hargai tetapi para nelayan merayu agar kerajaan dapat mempercepatkan proses pembinaan jeti tersebut," ujarnya.

Seorang lagi nelayan, Poh Nge Sin, 53, berkata, dia dan rakan-rakannya gembira dengan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh kerajaan kepada rakyat.

"Kami akan menyokong kerajaan kerana banyak bantuan kepada rakyat miskin.

"Ia terbukti apabila Menteri Besar sendiri turun padang melihat kawasan kami serta membantu mencari jalan penyelesaian dan bukan hanya sekadar cakap kosong sahaja seperti pihak-pihak lain," tegasnya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Port Dickson, Ab. Khalid Mat berkata, Menteri Besar telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi pembinaan jeti nelayan tersebut yang dijangka siap pada Oktober ini.

"Kita juga akan membina tandas awam dan stor bagi nelayan menyimpan jaring mereka jika mempunyai lebihan daripada duit tersebut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap para nelayan dapat bersabar menunggu pembinaan jeti tersebut kerana proses sebut harga sedang dijalankan ketika ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.