VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/04/2012

Malaysia pengeluar vaksin halal dunia


MUSTAPA Mohamed bersama Mukhriz Mahathir melihat demonstrasi masakan daripada Chef Ismail Ahmad (kiri) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI


KUALA LUMPUR 4 April - Malaysia bakal menjadi pengeluar vaksin halal dunia apabila Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sudah memulakan usaha membangunkan vaksin bebas unsur babi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, HDC dan Pemandu juga akan bekerjasama dalam membangunkan kapsul ubat yang bebas gelatin babi berasaskan produk kelapa sawit untuk kegunaan bidang farmasi dan kesihatan.

"Prototaip vaksin halal dan kapsul ubat yang bebas gelatin ini akan dibangunkan di bawah inisiatif Liberalisasi, Standard dan Persaingan. Pembangunan ini merupakan satu daripada dua bidang spesifik yang kerajaan gariskan untuk terus kekal sebagai peneraju industri halal.

"Saya yakin langkah ini akan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI) serta pembangunan kemahiran rakyat," katanya semasa berucap merasmikan Minggu Halal Malaysia 2012, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Hadir sama kedua-dua timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mah Siew Keong dan Pengerusi HDC, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, perbankan kewangan Islam di Malaysia kini mempunyai keupayaan penuh untuk menyokong dana yang diperlukan industri halal selepas sekian lama negara menerajui pembangunan perbankan berasaskan hukum syariah.

Selain itu katanya, kini terdapat 4,758 syarikat yang mendapat pengesahan halal di negara ini dengan 700 daripadanya aktif menjalankan operasi mengeksport produk serta perkhidmatan Malaysia dengan jumlah dagangan tahun lalu sahaja bernilai RM35 bilion.

Sementara itu, menyentuh mengenai Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) yang diadakan serentak dengan Minggu Halal Malaysia, Mustapa berkata, sebanyak 300 ahli perniagaan asing dari 55 buah negara terlibat dalam perbincangan urusniaga pada kali ini.

"Saya suka mengumumkan bahawa perbincangan urusniaga yang berlangsung sempena Mihas 2012 berjaya menjana jualan sebanyak RM340 bilion dan kebanyakannya melibatkan urus niaga sektor bukan makanan seperti farmasi, kesihatan dan kosmetik," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.