VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Julai 2014 / 29 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 04/04/2012

10 pelajar berentap pada Brain Bee Championship


Kesemua 10 pelajar dari Kelab Neurosains SMSTMFP yang akan menyertai pertandingan 'Brain Bee Championship' di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.


KOTA BHARU 3 April - Seramai 10 pelajar akan berentap pada pertandingan "International Brain Bee Championship 2012" peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hujung bulan ini.

Pemenang akan mewakili negara ke 'International Brain Bee Championship 2012' yang akan diadakan di Cape Town, Afrika Selatan pada Julai depan.

Pelajar berkenaan ialah Ahmad Mustaqim Mohd., Haziqah Mohd. Hanapiah, Amar Ahmad Mokhtar, Lutfil Hadi Ahamad Nordin, Hazimi Ismail, Nurul Ain Che Din, Nor Hasnita Mohd. Shukri, Harif Hafizi Noh, Mohd. Afiq Sharif dan Nik Ahmad Danial yang kesemuanya berusia 17 tahun.

Kesemua pelajar terbabit merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) Pengkalan Chepa iaitu satu-satunya sekolah menengah di negara ini yang mempunyai Kelab Neurosains.

Penubuhan kelab tersebut merupakan prasyarat untuk pelajar dan sekolah menyertai pertandingan berkenaan di peringkat antarabangsa.

Penasihat Kelab Neuerosains itu, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah berkata, penubuhan Kelab Neurosains sekolah itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan USM dan Pertubuhan Neurosains Cawangan Kelantan.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Neurosains PPSP berkata, kelab neurosains sekolah tersebut yang ditubuhkan pada tahun lalu, kini mempunyai 50 ahli dan telah menyertai pelbagai aktiviti berkaitan kemahiran otak dan minda.

"Antaranya, lawatan ke hospital, bengkel mengenai otak, ceramah pengenalan fungsi dan peranan otak dalam kehidupan seharian," katanya di sini, baru-baru ini.

Jafri Malin memberitahu, selain SMSTMFP, Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3 turut menubuhkan kelab serupa dengan keahlian seramai 70 murid.

Menurutnya, dua pertandingan mencipta muzik dari bahan terpakai iaitu 'My Brain Invention Challenge' peringkat sekolah rendah dan menengah telah diadakan sempena Minggu Kesedaran Otak 2012 peringkat Kampus Kesihatan, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peserta, Mohd. Afiq Sharif berkata, dia berbangga dapat menyertai pertandingan itu dan akan membuat persediaan rapi bagi merebut peluang untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

"Saya akan membuat latihan dan membanyakkan bacaan berkaitan bidang neurosains supaya boleh menjawab setiap soalan yang bakal dibangkitkan pada pertandingan tersebut," kata Mohd. Afiq yang bercita-cita menjadi seorang saintis itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.