VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 04/04/2012

IASC tawar kursus kemahiran lepasan sekolah

KUANTAN 3 April - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tidak perlu berputus asa kerana Pusat Kemahiran Tinggi IKIP (IASC) di sini menawarkan bidang pengajian dalam bidang kemahiran.

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran IASC, Rosmawati Abdullah, institusi itu menyediakan pendidikan dalam bidang teknikal dan vokasional menerusi tujuh kursus kemahiran.

Katanya, kursus yang ditawarkan pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga tiga dan Diploma Kemahiran Malaysia serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ialah perhotelan, rekaan fesyen, automotif, perladangan, teknologi maklumat, elektrik dan kimpalan.

Tambahnya, syarat kemasukan ke IASC amat mudah iaitu terbuka kepada semua lepasan SPM dan warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

"Dengan syarat kemasukan yang amat mudah itu sesiapa sahaja dapat mengikutinya.

"Oleh itu para lepasan SPM perlu mengambil peluang mengikuti program terbabit dengan memohon menyertai sesi pengambilan kami pada 9 April ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, bagi kemasukan sesi April ini, sebanyak 130 tempat disediakan untuk tujuh kursus tersebut.

Jelasnya, pinjaman pendidikan turut disediakan meliputi pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Yayasan Pahang.

"Kita turut membiayai makan dan minum para pelajar terbabit sehingga mereka memperolehi pinjaman. Kebiasaannya pinjaman akan diperoleh kurang dari tempoh sebulan," katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi IASC di kampus utama di sini iaitu di Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, Kuantan atau boleh menghubungi talian 09-5671333 manakala kampus Bentong pula di Taman Benus Permai, Bentong atau 09-2201888.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.