ARKIB : 04/04/2012
Imam Muda musim ketiga lebih matang

DEMAM pencarian iman muda kembali apabila musim ketiga program yang pernah mencetuskan fenomena itu bakal mencari juara ketiga mereka. Namun sesuai dengan usianya kini, ada sisi kematangan yang ingin dibawakan Imam Muda pada musim ini.
Selain mengekalkan Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz sebagai pengetua, Imam Muda musim ketiga juga turut mengundang kembali peserta Imam Muda pada dua musim lalu sebagai mentor dan tenaga pengajar.
Tentunya tanggungjawab yang lebih berat akan tertumpu kepada Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur yang akan memegang jawatan sebagai mentor untuk julung kalinya di dalam program Imam Muda kali ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kejayaan dua musim lalu memberi peluang kepada pihaknya melihat kembali alumni Iman Muda untuk memberi bantuan kepada peserta musim ketiga.
"Kami mahu melihat semua mereka bersama-masa berusaha memberi bimbingan kepada peserta baru.
"Ini merupakan tanggungjawab yang berat memandang kejayaan musim ketiga akan bergantung kepada bimbingan bekas peserta Imam Muda dua musim lalu," katanya ketika di temui pada majlis pelancaran program itu di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain itu, buat pertama kalinya Imam Muda juga menganjurkan pemilihan peserta melalui talian yang di lihat sebagai usaha global pihak Astro Oasis dalam mencari peserta dari seluruh dunia.
"Kami mengalu-alukan peserta dari mana-mana negara pun, dengan syarat mereka mampu berbahasa Melayu.
"Inisiatif pemilihan melalui talian ini diambil bagi memberi kemudahan kepada peserta dari negara luar untuk memasuki program ini dengan hanya memuat turun video bacaan surah yang telah kami tetapkan," katanya.
Untuk ujibakat pertama program ini akan berlangsung pada 7 dan 8 April ini di Institut Professional Baitumal, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









