VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 03/04/2012

Indeks jenayah terus menurun

KUALA LUMPUR 2 April - Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memfokus kepada memerangi jenayah mencatat rekod tersendiri apabila berjaya menurunkan indeks jenayah dan kadar jenayah jalanan untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Menurut Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Kerajaan (GTP), indeks jenayah turun 11.1 peratus manakala jenayah jalanan 39.7 peratus sekali gus menunjukkan keberkesanan pelbagai program pencegahan oleh anggota keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambah membanggakan, selain penurunan kadar jenayah, Malaysia turut diiktiraf sebagai negara paling aman di kalangan negara-negara di Asia Tenggara serta berada di kedudukan keempat paling selamat di antara negara Asia Pasifik.

Pengiktirafan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 negara paling selamat dan aman di kalangan 153 negara.

Berdasarkan Indeks Kedaulatan Undang-Undang 2011, Projek Keadilan Sejagat (WJP) pula, Malaysia berada di tangga ke-19 paling selamat di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi.

Di bawah NKRA itu juga, tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan PDRM meningkat kepada 70.5 peratus selain lebih tiga juta sukarelawan mendaftar untuk menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan seperti memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap perkhidmatan PDRM secara serta-merta melalui Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (CSS).

Strategi Lautan Biru juga dilaksanakan dalam mewujudkan kerjasama antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu anggota polis akan menjalani latihan di pusat latihan ATM yang mampu mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk membina pusat latihan tambahan bagi anggota keselamatan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.