VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 01/04/2012

Selera Korea di Dubu Dubu


BULGOGI daging


GELOMBANG Korea’ yang melanda negara ini nampaknya bukan terhad setakat drama dan lagu bahkan apa saja produk negara itu termasuk makanannya.

Hidangan Korea yang terkenal dengan ramuan asli dan menyihatkan kini semakin diminati. Melihatkan trend itu, pemilik Restoran Dubu Dubu terdorong membuka fraincais pertamanya di Malaysia iaitu di Mid Valley Megamall.

Dubu Dubu bermaksud tofu iaitu sejenis makanan daripada soya yang cukup digemari di Korea. Di restoran ini, anda dapat menikmati pelbagai hidangan asli Korea dengan harga berpatutan.

Selain tofu, ramuan utama hidangan Korea seperti pes kacang, cili dan bawang putih disatukan dengan daging, rumpai laut dan sayur segar melengkapkan rasanya yang asli.

Bagi peminat K-Pop, rasanya tidak lengkap portfolio anda sebagai peminat jika tidak merasa sendiri Soondubu Jigae di Dubu Dubu – sup rebusan tulang ayam atau daging dengan makanan laut dan pastinya tofu.

Dol Sot Bibimbap perlu diletakkan dalam senarai ‘harus cuba’ kerana ia makanan ruji rakyat Korea. Daging lembu atau ayam diatur rapi di atas nasi putih bersama pelbagai sayur-sayuran menyihatkan termasuk kimchi sebelum dilapisi dengan telur di atasnya.

Rasakan sendiri pengalaman menikmati Dol Sot Bibimbap iaitu dengan menggaul keseluruhan rencah dan bahan-bahan di dalam mangkuk tahan panas. Untuk tambah enak, jangan lupa menuang Sos Pedas Dubu Dubu yang istimewa.

Pengarah Eksekutif CRDubu Malaysia Sdn. Bhd, Wong Kah Yong berkata, idea membawa masuk restoran sebenar dari Korea itu timbul setelah melihat pengaruh Korea yang semakin hebat di Malaysia sedangkan tidak banyak restoran yang menghidangkan makanan ruji negara itu selain stimbot dan BBQ.

“Restoran Dubu Dubu menyediakan masakan asli dari Korea tetapi pada masa sama, secocok dengan citarasa tempatan. Apa yang pasti, ia menggunakan bahan-bahan yang halal.

“Bagi mereka yang tidak pernah mencuba masakan Korea pasti akan teruja dengan rasanya. Malah, memang terbukti makanan Korea menyihatkan kerana bahan-bahannya yang segar dan kurang penggunaan minyak.

“Setiap set pasti mempunyai diet lengkap karbohidrat dan sayur-sayuran tetapi tetap menyelerakan.

“Hidangan BBQ Korea turut tidak dilupakan cuma berbeza dengan restoran lain, kami menyiapkannya di dapur dan pelanggan tidak perlu bersusah-payah memasaknya sendiri dan rambut juga pasti tidak berbau,” katanya merujuk kepada cara masakan BBQ yang sering dilakukan di restoran lain.

Alang-alang sudah berada di Dubu Dubu, jangan lupa memesan Toppokki Pedas iaitu kuih beras dan Pa-Jeon, penkek gabungan daun bawang dan daging atau makanan laut yang sering dilihat di dalam drama-drama Korea.

Sebagai pencuci mulut, rasai Citron Dubu yang diperbuat daripada jeli kacang soya bersama buah citron yang pastinya membuatkan anda tersenyum manis sewaktu melangkah keluar daripada Restoran Dubu Dubu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.