VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 30/03/2012

Melahirkan usahawan borong bumiputera


Para peserta Kursus Borong Ke China boleh merasai sendiri pengalaman memborong secara langsung di negara itu.


CUACA sejuk dengan suhu yang mencecah hampir 10 darjah Celsius, tidak menghalang 29 peserta kursus keusahawanan borong dari seluruh negeri di Malaysia menamatkan peringkat akhir kursus tersebut yang diadakan secara praktikal di Guangzhou, China, baru-baru ini.

Selama empat hari berada di Guangzhou, segala program peserta rombongan dikendalikan oleh Anzac Consultancy, sebuah syarikat milik bumiputera yang bertanggungjawab membimbing dan melahirkan usahawan kecil dalam bidang pemborongan.

Pengarah Urusan Anzac Consultancy, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman berkata, sepanjang berada di Guangzhou, semua peserta akan diajar cara-cara untuk membeli barangan borong dan juga bagaimana menyelesaikan masalah yang berbangkit apabila berhadapan dengan kerenah peniaga-peniaga borong Cina di Guangzhou.

Katanya, selama empat hari di Guangzhou, peserta akan dibantu oleh adik beliau, Mohamed Firdous Kamarul Jaman sehingga segala urusan peserta selesai di China dan kembali semula ke Malaysia.

Terlebih dahulu, tambah Shahabudeen Jalil, sebelum bertolak ke Guangzhou, 29 peserta dari Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lagi telah diberi kursus memborong ke China di Kuala Lumpur selama sehari.

"Dalam kursus tersebut, peserta diberi taklimat tentang ilmu meneroka pasaran memborong terus dari China dan pelbagai faedah yang akan diperolehi oleh peserta," katanya.

Menurut Shahabudeen Jalil, peserta perlu tahu bahawa bukan senang untuk berurusan dengan peniaga-peniaga Cina di Guangzhou ini. Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang datang membeli barangan borong di sini terutamanya pelancong luar negara terutamanya dari Malaysia.

"Masalah yang paling ketara sekali ialah berkaitan penipuan barangan. Sebagai contoh, kita beli barangan yang berkualiti secara borong dan apabila sampai kepada kita mutu barangan itu tidak sama. Jadi apa yang perlu peserta lakukan ialah memeriksa barangan yang dihantar itu terlebih dahulu dan jangan sesekali terima barangan itu tanpa periksa.

"Jika barangan ini tidak seperti yang diminta, maka peserta berhak memulangkan kembali barangan tersebut kepada penjual barangan itu. Jika dia tidak dapat memberi barangan yang bermutu seperti yang diinginkan, maka pembeli juga berhak meminta dikembali wang yang sudah dibayar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Guangzhou, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamed Firdous berkata, sebelum semua peserta dibawa ke beberapa pusat-pusat borong barangan yang telah ditetapkan Anzac Consultancy, beliau akan memberi penerangan terlebih dahulu bagi memudahkan peserta berurusan dengan peniaga-peniaga Cina di Guangzhou.

Katanya, antara lokasi yang menjadi tempat persinggahan peserta untuk membeli-belah barangan secara borong ialah plaza barangan hiasan dalaman dan aksesori wanita di Plaza Antarabangsa Onelink; pusat kasut dan jam tangan di Kowloon Hotel/Zhang Xi Lu; Plaza Kain Sutera, Plaza Beg Tangan, Shang Xia Jiu Lu dan Biejing Lu.

Selain pusat membeli belah, tambahnya, peserta juga dibawa melawat tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Huaisheng iaitu sebuah masjid tertua di Guangzhou yang dibina oleh sahabat Rasulullah saw iaitu Saad Abi Waqas dan makam Saad Abi Waqas.

Kepada mereka yang ingin menyertai kursus dan rombongan, boleh melayari website www.kursusborongchina.com atau hubungi Anzac Consultancy di talian 017-2517515, 012-9770423 dan 0342667515.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.