ARKIB : 30/03/2012
Chevrolet Colorado trak pikap bergaya

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pengedar Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) berhasrat untuk meningkatkan jualan kenderaan jenama tersebut tahun ini mengatasi jualan 1,300 unit tahun lalu.
Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Datuk Maruan Mohd. Said berkata, pengenalan trak pikap saiz sederhana Chevrolet Colorado tahun ini mampu meningkatkan jualan keseluruhan Chevrolet tahun ini memandangkan tahun lalu syarikat itu hanya mempunyai dua model iaitu Cruze dan Captiva.
Katanya, Chevrolet Colorado mampu menjadi antara model pilihan di dalam segmen trak pikap di negara ini kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan.
"Jualan tahun lalu meningkat hampir 120 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Kami akan memperkuatkan aktiviti pemasaran kami dan perkhidmatan selepas jualan. Malah menjelang akhir tahun ini, syarikat akan menambah pusat 3S (bilik pameran, penyelenggaraan dan alat ganti) syarikat di seluruh negara.," katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan Chevrolet Colorado di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bersama Syarikat-syarikat Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dan Penasihat Produk General Motors (Thailand) Ltd., Timothy Liauw.
Chevrolet Colorado yang diperkenalkan ke negara ini mempunyai tiga varians iaitu 2.5 LT transmisi manual, 2.8 LT transmisi manual dan juga 2.8 LTZ transmisi automatik. Ia didatangkan dengan lima warna iaitu putih, kelabu, merah, hitam dan perang cair.
Harga atas jalan bagi varians 2.5 LT transmisi manual ialah RM93,000, 2.8 LT transmisi dan 2.8 LTZ automatik masing-masing berharga RM98,000 dan RM109,000 yang akan mula dijual bulan depan.
Bagi pasaran Malaysia, trak pikap yang mengambil tempoh pembangunannya selama lima tahun dan melibatkan perbelanjaan sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) itu akan diimport dari kilangnya di Rayong, Thailand.
Sementara itu, kata Maruan, pihaknya berusaha untuk meluaskan pasaran trak pikap itu di pasaran Sabah dan Sarawak ekoran penggunaan kenderaan jenis itu yang lebih kerap bagi aktiviti perhutanan seperti pembalakan.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









