VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 29/03/2012

Buang bayi: Pemandu lori, pekerja MPK diminta tampil

29/03/2012 4:16pm

KUALA TERENGGANU 29 Mac – Seorang pemandu lori sampah dan seorang pekerja Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diminta tampil bagi membantu siasatan polis berhubung kes penemuan mayat bayi lelaki di tapak pembuangan sampah di Kemaman, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, polis percaya kedua-dua lelaki ini mempunyai maklumat lanjut yang boleh membantu siasatan kes itu.

“Polis percaya sampah yang dihantar di tapak pembuangan itu dipungut oleh sebuah lori MPK di sekitar Cukai, Kemaman.

“Bayi malang itu mungkin dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut iaitu sekitar pukul 3 petang.

“Bagaimanapun, sehingga kini kami masih belum menemui petunjuk yang tepat berhubung penemuan mayat bayi ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.