ARKIB : 28/03/2012
Gaya remaja Skechers
![]() |
|
Skechers pilihan untuk lelaki dan wanita. |
BERGAYA dengan kasut berjenama memang idaman setiap remaja. Bukan kerana gah dengan kasut yang mahal, tetapi mengambil kira aspek dari segi keselesaan, ketahanan, rekaan bentuk dan warna yang menarik.
Sebagaimana pepatah Melayu, alah membeli menang memaki, koleksi terbaru kasut kegemaran remaja Skechers bakal menggamit penggemar jenama itu.
Koleksi diberi nama Skechers GOrun itu turut menampilkan artis antarabangsa, Sammi Cheng sebagai dutanya bagi rantau ASEAN.
Skechers yang berasal dari slanga masyarakat di selatan California, Amerika Syarikat bermaksud remaja aktif dan bertenaga, menghasilkan ciptaan serta reka bentuk yang kreatif untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Menurut Pengarah Urusan Skechers SARL, Marvin Bernstein, sejak diperkenalkan enam tahun lalu jenama tersebut telah meraih pelbagai hadiah termasuk Anugerah Jenama Asia Pasifik 2012.
"Kami ingin memperkenalkan jenama terbaik Skechers GOrun ini di Malaysia selain meluaskan lagi francaisnya di dunia. Di peringkat antarabangsa kasut ini terdapat 150 negara melalui 10 buah anak syarikat," katanya pada pelancaran koleksi terbaru itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Skechers Hong Kong dan Asia Tenggara, Vincent Leung berkata, koleksi terbaru itu di reka khas bagi mereka yang minat bersukan dan mempunyai fokus dalam kesihatan mereka.
"Kami cuba menggabungkan fesyen dan teknologi yang boleh membantu si pemakai menangani kehidupan harian dalam rutin kecergasan yang pelbagai.
"Koleksi ini melalui tiga tahun penyelidikan dan kami telah bekerjasama dengan pelari profesional, Meb Keflezighi. Bentuk dan rekaannya menunjukkan kasut ini sesuai untuk bersukan, ia fleksibel, responsif, ringan dan memiliki permukaan yang sama rata," katanya.
Kasut yang mempunyai ciri-ciri yang dinamik itu menampilkan pelbagai tarikan seperti membantu menghalang bau dan kegelinciran.
Kelebihan warna-warna terang seperti biru, merah dan kuning membuatkan ia menjadi kegilaan golongan remaja yang mahu sentiasa tampil santai dan selesa.
Penghargaan untuk ibu
Erlina bukti keupayaan di usia muda
Perincian pemilihan fabrik
Menyanjung wanita
Masturah bukti boleh berjaya
Lembut tidak bererti lemah
Kasut bentuk penampilan wanita
Haruman beri keyakinan
Keselesaan busana Orkid
Dr. Miza keluar dari zon selesa
Rambut tidak sihat jejas penampilan
Syikin tidak pernah jemu melukis
Pilihan selendang
Kebangkitan gaya Tribal
Sandy Selebriti Facebook
Miliki kulit sihat
Berani,bergaya,elegan
Aurawhite dulu, kini Auraslim
Luahkan kasih sayang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










