VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 27/03/2012

Pemandu bas wanita langgar mati anggota polis trafik didakwa

JOHOR BAHRU 26 Mac - Seorang pemandu bas wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis trafik pada malam Khamis lalu.

Wong Lin Chan, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Maslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 24 April ini.

Lesen memandu wanita itu juga digantung sehingga perbicaraan berkenaan selesai.

Lin Chan didakwa memandu dengan cara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kematian Koperal Ismayuddin Ismail, 50, dalam kawasan bangunan Sultan Iskandar pada pukul 11.35 malam, 22 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 serta lesen memandunya boleh digantung, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan terhadap Lin Chan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) S. Ravindran manakala wanita itu tidak diwakili peguam bela.

Lin Chan dibebaskan selepas membayar wang jaminan tersebut.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, seorang anggota polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini, maut dirempuh sebuah bas yang dipandu oleh seorang wanita.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif dilaporkan berkata, Ismayuddin yang bertugas di cawangan Polis Trafik Bangunan Iskandar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.