ARKIB : 27/03/2012
Gerak Pendekar lahir ikon pesilat dunia
KUALA LUMPUR 26 Mac - Satu program realiti televisyen baru bagi mencari ikon pendekar dunia dikenali Gerak Pendekar bakal menemui penonton pertengahan Ogos ini
Gerak Pendekar merupakan program realiti televisyen bercorak persilatan pertama diperkenalkan di negara ini malahan di peringkat antarabangsa, diterbitkan oleh sebuah syarikat produksi, Taqloq Sdn. Bhd. akan disiarkan 37 episod di RTM.
Ia meliputi enam episod iaitu Jejak Pendekar (uji bakat) selama 60 minit, 20 episod Gerak Pendekar (diari) 30 minit, 10 episod Gelanggang Pendekar (pertandingan) 90 minit manakala satu episod akhir Gelanggang Pendekar disiarkan secara langsung selama 120 minit.
Pencarian 20 peserta Gerak Pendekar akan diadakan di enam negeri melalui program Jejak Pendekar iaitu di Kuching (Sarawak), Kuala Terengganu (Terengganu), Wilayah Persekutuan, Ayer Keroh (Melaka) dan Alor Setar di Kedah bermula April ini.
Bagi merealisasikan program realiti televisyen terbaru itu, satu majlis pra pelancarannya diadakan hari ini dengan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri yang juga penaung program, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju.
Rosmah berkata, melalui program tersebut, ia memberi nafas baru dalam mengembangkan keistimewaan serta keunikan ilmu persilatan negara.
Ini kerana, kata beliau, silat bukan sahaja mengajar pengamalnya mengenai ilmu mempertahankan diri, malah membentuk minda masyarakat agar berdisiplin dan memiliki sahsiah diri yang cemerlang.
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Ibu Sosilawati puas hati pembunuh dihukum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









