VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/03/2012

PPPMM tuntut tindakan segera ke atas Anwar


ANGGOTA PPPMM mengadakan demonstrasi secara aman di Plaza Seni, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 25 Mac - Kira-kira 400 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) hari ini mengadakan demonstrasi menuntut tindakan segera diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meminta sokongan Yahudi bagi menumbangkan kerajaan.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, mereka membantah Anwar yang dilihat sebagai proksi Israel kerana menyokong keselamatan negara haram itu.

"Pendedahan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman mengenai surat Anwar Ibrahim & Associates itu membuktikan beliau memohon campur tangan asing melalui organisasi Yahudi sekali gus memberi ancaman besar kepada negara kerana Zionis akan mengambil kesempatan meneruskan cita-cita peluasan seperti yang berlaku kepada negara-negara Arab.

"Niat Zionis itu sudah sampai ke sebelah Timur dan PPPMM menyeru orang Melayu bangun menentang ruang-ruang yang membolehkan ia berkembang dan bertapak," katanya dalam demonstrasi di hadapan Plaza Seni di sini, hari ini.

Demonstrasi hampir sejam itu kemudian bergerak ke Balai Polis Johor Bahru Sentral untuk memfailkan laporan memohon polis mengambil tindakan segera berdasarkan laporan Utusan Malaysia 16 Mac lalu yang bertajuk Bertindak segera hentikan campur tangan pro-Yahudi dalam PKR.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.