VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 25/03/2012

Isu bawah lengan

ENAPA saya perlu menjaga bahagian ketiak, saya pakai baju berlengan panjang," itulah jawapan yang selalu diberikan wanita yang menganggap penjagaan bahagian bawah lengan tidak penting.

Ada juga wanita yang memakai baju tanpa lengan tanpa menyedari bahagian itu bertompok hitam.

Ia secara tidak langsung menjejaskan penampilan mereka secara keseluruhan.

Tidak ramai yang mengetahui keadaan bawah ketiak yang hitam boleh menjejaskan mood dan keinginan untuk tampil bergaya. Keadaan ini boleh berlaku ketika anda mahu tampil jelita di hadapan suami.

Ironinya, wanita masih malu untuk membincangkan isu bawah lengan dan lebih gemar berdiam diri.

Menurut pengamal perubatan estetika, Dr. Chin Shih Choon, wanita sedar bahawa bahagian tersebut memberi kesan kepada rupa dan keyakinan mereka secara keseluruhan, tetapi mereka kurang pengetahuan tentang cara untuk mencantikkan bahagian bawah lengan mereka.

"Kebanyakan wanita tidak sedar bahawa beberapa perkara yang mereka lakukan akan membuat bahagian bawah lengan menjadi lebih gelap seperti mencukur, mencabut bulu dan menggosok secara berlebihan," ujarnya dalam sesi ringkas bersama media anjuran jenama deodoran Rexona daripada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jika kebersihan bahagian ketiak tidak diendahkan, maka ia akan mengakibatkan pengumpulan sel-sel mati di bawah ketiak.

"Makin lama dibiarkan, makin sukar untuk ia disingkirkan. Jadi, penjagaan kebersihan diri sangat penting," katanya.

Kadangkala situasi mungkin bertambah buruk apabila keadaan kotor di bawah ketiak menjurus kepada masalah jangkitan.

Punca berlakunya keadaan gelap di bawah ketiak juga boleh terjadi akibat geseran. Pemakaian baju yang ketat boleh menyebabkan geseran berlaku pada ruang-ruang sempit. Senario itu biasanya dilihat berlaku kepada golongan wanita yang obes.

Simptom-simptom ketiak yang gelap termasuk kesan pigmentasi, rasa gatal, berpeluh dan penghasilan bau kurang enak.

MitosDr. Shih Choon turut menerangkan, mitos yang mengatakan bahawa penggunaan deodoran salah satu punca kepada bahagian bawah lengan yang gelap perlu disangkal. "Tiada penyekat enzim atau elemen penahan melanosit dalam deodoran. Ini menyangkal kemungkinan bahawa deodoran menjadi penyebab kepada kulit menjadi gelap."

"Malah, sesetengah deodoran mengandungi bahan yang dibuktikan dapat mencerahkan bahagian bawah lengan secara berkesan seperti minyak bunga matahari. Wanita sebenarnya terlepas peluang untuk mencerahkan bahagian bawah lengan mereka apabila mereka tidak menggunakan deodoran," ujarnya.

Sehubungan itu, penjagaan kulit di bawah ketiak sebaik-baiknya bermula seawal seseorang anak mencapai tempoh akil baligh. Sudah tentu pemilihan produk penjagaan tubuh seperti deodoran yang betul dan lembut ke atas kulit adalah mustahak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.