VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 24/03/2012

DSAN, pastikan bekalan air terjamin - TPM

24/03/2012 2:00pm

PARIT BUNTAR 24 Mac - Dasar Sumber Air Negara (DSAN) bagi tempoh 2010 hingga 2050 dalam menentukan hala tuju masa depan untuk sektor sumber air berdasarkan kajian semula sumber air negara dilancarkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu berkata, DSAN merupakan usaha penting bagi memastikan bekalan air negara terjamin dalam era pembangunan ekonomi khususnya sektor pertanian dan perindustrian, pertumbuhan perbandaran serta pertambahan penduduk yang pesat.

"Dasar ini juga menetapkan prinsip asas sumber air negara yang menyentuh isu 'Air untuk Makanan dan Pembangunan Luar Bandar' dengan jelas. Prinsip ini menekankan tentang perlunya sumber air yang mencukupi untuk jaminan bekalan makanan di samping membantu menaik taraf pembangunan kawasan luar bandar," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berharap, langkah strategik bagi mengenal pasti dan menambah sumber air negara lebih dipergiatkan antaranya sumber air alternatif yang dikenal pasti mempunyai potensi menampung permintaan air di Malaysia adalah sumber air bawah tanah.

"Laporan awal oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati

isipadu air tanah yang tersimpan di Malaysia dianggarkan berjumlah 5,000 bilion meter padu yang mempunyai nilai komersial sebanyak RM7.5 trilion," katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata, beliau berharap kajian dan pembangunan sistematik serta menyeluruh terhadap sumber air bawah tanah, selaras dengan kaedah pengurusan air bersepadu dapat dipertingkatkan bagi membantu merealisasikan jaminan bekalan air seterusnya jaminan bekalan makanan di negara ini pada masa hadapan. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.