ARKIB : 23/03/2012
Ganja: Isteri pengsan dengar suami dihukum gantung sampai mati
JOHOR BAHRU 22 Mac - Seorang wanita pengsan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas suaminya kerana mengedar ganja seberat 500 gram, tiga tahun lalu.
Suasana mahkamah yang sunyi ketika itu turut bertukar pilu apabila tertuduh, Abd. Rahim M. Ali, 39, yang merupakan bekas posmen memeluk dan mencium anak-anaknya yang tidak henti-henti menangis.
Dia dijatuhi hukuman itu setelah didapati bersalah mengedar dadah tersebut di sebuah rumah di Jalan Impian 2/18, Taman Impian Jaya, Seelong, Kulaijaya kira-kira pukul 8 malam, 10 Januari 2009.
Abd. Rahim didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pesuruhjaya Kehakiman, M. Gunalan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Malah, menurut beliau, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata dan penjelasan tertuduh ketika ditangkap juga tidak munasabah.
Tertuduh yang hadir memakai baju kemeja T warna oren dan berseluar krim diwakili oleh peguam bela, Mohd. Hidhir Mustapha, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Iskandar Ahmad.
Siasatan polis bertaraf dunia
Kathavarayan rakan subahat manipulasi keterangan
'Salah doa Guan Eng di masjid'
Didakwa di bawah Akta Hasutan
Ummu Jah didakwa 22 November
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Saman fitnah: Rayuan Harakah ditolak
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









