ARKIB : 22/03/2012
Pusat sehenti: Kerajaan wujudkan Pusat Transformasi Bandar
MELAKA 22 Mac - Kerajaan akan memperkenalkan Program Transformasi Bandar dengan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat sehenti bagi semua perkhidmatan awam dan swasta dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi masyarakat melalui perkhidmatan berpusat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, program tersebut merupakan inisiatif di bawah Strategi Laut Biru Negara bermatlamat meningkatkan capaian rakyat di kawasan bandar kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta.
Beliau berkata, setakat ini, UTC dicadang untuk menempatkan 10 kluster perkhidmatan iaitu perkhidmatan kerajaan; kesihatan; perbankan dan kewangan; pendidikan dan latihan; utiliti; keselamatan; kebajikan; pembangunan usahawan dan ruang niaga, pembangunan belia dan perkhidmatan badan bukan kerajaan (NGO).
UTC akan ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara dan UTC pertama akan dilancarkan di Melaka pada Jun depan, katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Wisma Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, kerajaan akan mengguna pakai bangunan kerajaan sedia ada yang tidak digunakan sepenuhnya atau menyewa daripada pihak swasta untuk dijadikan UTC. - BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









