VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 22/03/2012

Perusahaan rumpai laut makin berkembang


Pengusaha rumpai laut, Penampungan, Abdullah Emat memastikan rumpai laut sudah dituai sentiasa dibasahkan dengan air laut untuk memastikan kesegarannya.


LAHAD DATU 21 Mac - Perusahaan pengkulturan rumpai laut atau dikenali sebagai agar-agar di kalangan orang tempatan merupakan satu cabang pertanian yang boleh dikatakan semakin berkembang pesat di kalangan nelayan di Sabah.

Ia mula diperkenalkan kepada nelayan-nelayan tempatan pada 1978 oleh sebuah juru perunding dari Amerika Syarikat iaitu Aquatic Resource Ltd. yang berpusat di Hawaii.

Pada 1980 seluruh pengendalian projek ini telah diambil alih oleh Jabatan Perikanan Sabah.

Spesies rumpai laut yang biasa diusahakan oleh para penanam di Sabah ialah 'Euchema cottonii' dan Euchema kappayayachus alvarezii'.

Pada masa ini terdapat tiga kaedah pengkulturan iaitu sistem pancang, rawai dan rakit.

Pada bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala yang melibatkan pengkulturan rumpai laut dan penternakan ikan baulu kepada 150 peserta Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT).

Projek rumpai laut telah bermula di Kampung Nala dan menjana pendapatan antara RM1,000 dan RM3,000 bagi setiap tuaian, manakala projek ternakan ikan apabila dimulakan dalam masa terdekat mampu menghasilkan pendapatan purata bulanan antara RM1,500 dan RM1,750 kepada setiap peserta.

Kerajaan negeri dengan bantuan Felda telah membina sebanyak 150 buah rumah dalam sebuah kawasan penempatan yang lengkap dengan kemudahan sosial lain seperti balai raya, klinik dan tadika.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.