VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/03/2012

'Ombak Rindu' jadi tumpuan

KUALA LUMPUR 21 Mac - Batik sutera yang diberi nama 'Ombak Rindu' dijangka menjadi tumpuan para pengunjung di pameran Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 2 April depan.

Fabrik batik yang mempunyai corak alunan seperti ombak dan dihiasi batu-batu perhiasan dijual dalam lingkungan RM400 hingga RM550 sepasang.

Pengusaha batik dari Kelantan, Na'imah Abdullah, 24, berkata, Ombak Rindu menjadi nama pilihan berikutan filem tersebut yang berjaya mencatat jualan tiket RM11 juta.

"Batik Ombak Rindu menggunakan kain sutera jenis 'creep' dan ia boleh didapati dalam dua versi iaitu sama ada berbatu perhiasan atau sebaliknya.

"Selain itu, terdapat juga kain batik yang diberi nama sempena filem Azura serta kain-kain lain yang menampilkan corak eksklusif," katanya ketika ditemui di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dekat sini, hari ini.

Hari Kraf Kebangsaan Ke-10 itu menyaksikan penglibatan kira-kira 500 usahawan pelbagai jenis kraf dari seluruh Malaysia.

Selain penjualan pelbagai kraf tangan yang unik, beberapa aktiviti menarik juga diadakan sepanjang pameran berlangsung.

Antaranya termasuk demonstrasi pembuatan produk kraf, masakan tradisional, persembahan kesenian dan peragaan fesyen.

Sementara itu, seorang pengunjung asing dari Kanada, Nahed, 63, berkata, pameran kraf tersebut melambangkan identiti warna-warni masyarakat Malaysia.

"Pelbagai barangan kraf yang menarik boleh didapati dalam pameran ini dan peniaga-peniaga menawarkan harga yang berpatutan," ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Omar Mohamed Pauzi, 25, dari Negeri Sembilan menyatakan dia dan keluarga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran Hari Kraf Kebangsaan setiap tahun.

"Pameran sebegini memudahkan pencinta barangan kraf untuk mendapatkan pelbagai produk menarik di bawah satu bumbung dan pengusaha sentiasa menampilkan rekaan terbaru setiap tahun," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.